web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Akta Pemecatan Ahli Parlimen Mampu Bendung ‘Katak Politik’

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2021 4:18PM

Akta Pemecatan Ahli Parlimen wajar disokong sebulat suara semua wakil rakyat. - Gambar dari Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cadangan bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said supaya usul Akta Pemecatan Ahli Parlimen melompat parti dibentangkan di Parlimen wajar disokong sebulat suara semua wakil rakyat.

Setiausaha Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Ya'akub berkata, usul dicadangkan itu bertujuan membendung dan menyekat Ahli Parlimen daripada melompat parti atas apa alasan sekalipun.

Katanya, akta itu akan memelihara kredibiliti Ahli Parlimen dan menjaga moral parti daripada perlakuan wakil rakyat terbabit yang jelas tidak bertanggungjawab kerana mengabaikan amanah parti kepada mereka.

“Akta ini menjamin amanah pengundi yang memilih seseorang Ahli Parlimen untuk mewakili mereka berdasarkan parti dianggotai.

“Pada masa sama, akta ini penting bagi mengembalikan imej demokrasi negara dan politik yang tercalar teruk akibat permainan ‘katak politik’ demi habuan serta kepentingan peribadi,” katanya di sini hari ini.

Mustapha berkata, sekiranya tiada tindakan diambil terhadap tindakan Ahli Parlimen yang melompat parti, perkara itu dikhuatiri bukan sahaja meruntuhkan sistem demokrasi, tetapi turut merosakkan pentadbiran negara dan membantutkan pembangunan Malaysia.

“Lihatlah apa yang berlaku terhadap negara kita selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Tiga kali kerajaan dan Perdana Menteri bertukar,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan pengalaman lalu, Ahli Parlimen yang bertindak melompat parti adalah demi kepentingan peribadi dan bukan atas alasan kepentingan rakyat atau pengundi.

“Oleh itu, wajarlah rakyat dan pengundi memilih semula wakil rakyat untuk menentukan siapa patut mewakili.

“Ini bagi mengembalikan kuasa pemilihan itu kepada mereka (pengundi) kerana akhirnya mereka yang memuktamadkan pemilihan wakil rakyat,” katanya. - Getaran, 2 September 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad