web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


UPKO Sertai PH, Perkukuh Saf Pembangkang Menjelang PRU-15

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2021 8:17PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) sah menjadi parti komponen Pakatan Harapan (PH) keempat, dalam memperkukuh saf pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 nanti.

Ketua Setiausaha PH, Saifuddin Nasution Ismail yang mengesahkan berita itu berkata, Majlis Presiden PH hari ini bersetuju menerima kemasukan UPKO, berdasarkan permohonan dibuat bekas parti komponen Barisan Nasional itu.

"PH percaya penyertaan UPKO ini akan terus memperkukuh kerjasama terutama dalam persiapan menuju PRU-15.

"Pintu kami sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan parti blok pembangkang yang lain, malah kami juga mengalu-alukan sekiranya mereka ini membuat permohonan untuk bersatu di bawah PH," katanya.

Sebelum penyertaan UPKO, komponen PH terdiri daripada PKR, DAP dan AMANAH.

Tambah Saifuddin, dalam semangat ‘khemah besar’ yang dinyatakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, PH akan meneruskan kerjasama dengan WARISAN, PEJUANG, PSB, MUDA dan Bebas demi memastikan blok pembangkang semakin berkesan dan bersiap sedia menghadapi pilihan raya.

"Dalam pada itu, bagi pihak Majlis Presiden PH, saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada 105 ahli Parlimen pembangkang kerana telah mencalonkan Datuk Seri (Anwar Ibrahim) sebagai Perdana Menteri minggu lalu. 

"Umum mengetahui, satu pertemuan semua ketua parti pembangkang akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan isu politik semasa termasuk persiapan sidang Parlimen yang akan bermula pada 6 September depan," katanya. - Getaran, 26 Ogos 2021

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 19 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad