web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rombongan 'Mewah', Lawatan Rasmi Untuk Rakyat Atau Parti? - A Kadir Jasin

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2021 9:32PM

A Kadir Jasin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tidak sampai seminggu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesembilan, beliau sudah menerima kecaman apabila dilihat membawa segerombolan ‘pengikut’ dalam lawatan rasmi pertama ke Yan, Kedah semalam.

Ia berikutan jumlah kehadiran luar biasa, termasuk individu yang disifatkan tidak lagi relevan dengan pentadbiran kerajaan, seperti bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Bhd (PRASARANA), Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Kelibat Tajuddin dilihat berada di dalam pesawat rasmi dinaiki Perdana Menteri semalam, bersama beberapa individu lain, dipercayai Ahli Parlimen UMNO.

Tokoh Wartawan, Datuk A Kadir Jasin berkata, rombongan itu menimbulkan persoalan, apakah penubuhan kabinet berkonsep ‘keluarga Malaysia’ yang diumumkan Ismail Sabri benar-benar berpaksikan kepada kepentingan rakyat, atau sekadar menjaga kepentingan kedudukannya dan UMNO.

“Perdana Menteri (Datuk Seri) Ismail Sabri Yaakob telah mendapat publisiti percuma besar-besaran apabila gambarnya bersenang-senang dengan kemewahan jawatan tular di media sosial semalam. Jadi sekarang kita tengok apa pula tindak-tanduknya dalam penubuhan Kabinet.

“Adakah beliau akan menubuhkan Kabinet untuk berkhidmat kepada 'keluarga Malaysia' atau untuk mengukuhkan kedudukannya dan UMNO. Namun begitu keabsahan beliau dan Kabinetnya tetap akan dipertikaikan selagi tidak diundi di Dewan Rakyat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Hantaran tersebut merujuk kepada beberapa foto yang tular di media sosial, memaparkan ‘keghairahan’ ahli rombongan Perdana Menteri menyantuni mangsa bencana alam di Kedah, semalam.

Ia dilihat bercanggah dengan pengumuman pertama dibuatnya Ahad lalu, yang menyeru semua ahli Dewan Rakyat bersatu dan memusatkan perhatian kepada usaha memulihkan semula negara.

Ismail Sabri menerusi ucapan sulung itu berkata, semua pemimpin politik tanpa mengira perbezaan ideologi diminta mencari satu titik persamaan, bagi membolehkan usaha lebih agresif diambil untuk menangani semua krisis yang berlaku selama ini.

Dalam perkembangan lain, Kadir ketika mengulas mengenai peralihan kuasa kepada kerajaan baharu itu berkata, permainan politik Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama kuncunya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali gagal menyaingi kehebatan kluster mahkamah dan kleptokrat UMNO.

“Rasanya majoriti ahli UMNO yang baik-baik tidak mahu kelompok kleptokrat dan mahkamah kembali berperanan dan berkuasa dalam parti mahupun kerajaan, kerana mereka ini sudah menjadi beban. Bak kata simpulan bahasa, umpama menggalas biawak hidup.

“Kalau ketika UMNO berkuasa pun, kelompok ini sudah menjadi beban sehingga parti itu kalah setelah lebih 60 tahun memerintah, apatah lagi sekarang apabila ramai di antara mereka sedang dibicarakan, sudah didapati bersalah atau dalam rayuan. Lagi pun usia mereka sudah cukup lanjut untuk dibersarakan supaya pemimpin yang lebih muda boleh mengambil alih,” katanya, sinis.

Dalam hal ini jelas beliau, Perdana Menteri seharusnya mengenepikan golongan tersebut daripada menganggotai Jemaah Menteri.

“Lagi pun ‘bossku’ Datuk Seri Najib Razak sendiri telah mengatakan yang dia mahu membersihkan namanya di mahkamah. Ismail Sabri boleh membantu mereka dengan meluangkan seluas-luasnya masa agar mereka boleh menumpukan sepenuh tenaga kepada perbicaraan mereka,” katanya lagi.

Kadir berkata, Perdana Menteri juga boleh meminta bantuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membuat saringan terperinci terhadap individu yang terlibat dengan kes rasuah dan pelbagai skandal video.

“Elok jugalah Ismail Sabri dari awal-awal lagi menolak kerajaan perpaduan dengan pembangkang.

“Dengan itu tidaklah terjadi pecah belah di kalangan pembangkang macam terjadi kepada PN, apabila kluster mahkamah dan kleptokrat menarik semula  sokongan terhadap Muhyiddin, apatah lagi Ismail Sabri telah dititahkan supaya membuat undi percaya di Parlimen dengan secepat mungkin,” katanya. - Getaran, 24 Ogos 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Semasa 23 jam yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95