web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jawatan TPM, Kabinet: Serah Pada Pengerusi PN dan PM - Ahmad Faizal

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2021 2:46PM

Ahmad Faizal Azumu

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah tertakluk pada perbincangan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata PN menyerahkan sepenuhnya pelantikan jawatan tersebut kepada dua pemimpin berkenaan. 

"Kami tak bincang (jawatan TPM), Kabinet, kami serah kepada Pengerusi PN untuk tentukan, bincang dengan Perdana Menteri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PN di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika mengulas adakah terdapat perbincangan dalam PN untuk menamakan jawatan Timbalan Perdana Menteri daripada kalangan pemimpin Bersatu. 

Mesyuarat tersebut berlangsung kira-kira dua jam dan dipengerusikan Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu serta turut dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Mengenai khabar angin jawatan Timbalan Perdana Menteri akan diisi daripada kalangan pemimpin Bersatu, Ahmad Faizal berkata: 

"Alhamdulillah, terima kasih kalau nak bagi (jawatan Timbalan Perdana Menteri) kepada Bersatu tapi yang penting satu kabinet yang dibentuk sebagai satu pasukan untuk selamatkan negara keluar daripada kemelut yang kita alami (COVID-19). "

"Pengerusi akan bincang dengan PM dan saya percaya PM akan buat keputusan yang betul," katanya. 

Dalam pada itu, menjawab soalan adakah kerajaan baharu ini masih kerajaan PN, Ahmad Faizal berkata ia masih kekal kerajaan PN. 

"Pada kami (PN) ini kerajaan PN, secara matematik kami ada 77, kawan sebelah (Barisan Nasional) ada 41, kami percaya kami mewakili kerajaan PN," katanya. 

Ahmad Faizal juga berkata PN akan memberi sepenuh sokongan kepada kerajaan yang akan dibentuk oleh Ismail Sabri di samping sokongan padu kepada Pengerusinya, Muhyiddin. 

"Kami akan meneruskan usaha persiapsiagakan PN untuk hadapi PRU (Pilihan Raya Umum), jentera parti dan kerjasama parti komponen akan diperkukuh," katanya. - Bernama 

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 3 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

oleh Sophia Ahmad