Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


90 Peratus Guru Tawau Lengkap Vaksin

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2021 1:03PM

Zamri (tengah) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penduduk PPD Tawau yang terlibat dalam kebakaran di Kampung Titingan, bulan lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Lebih 90 peratus guru di daerah ini sudah melengkapkan dos vaksin masing-masing sebagai persediaan menghadapi sesi pembelajaran secara bersemuka yang dijangka Oktober nanti.

Pegawai Pendidikan Daerah Tawau, Zamri Pehakan berkata, rekod menunjukkan sejumlah besar guru sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19, seperti diarahkan Kementerian Pendidikan (KPM).

Menurut beliau, setakat ini hanya guru yang berdepan masalah kesihatan sahaja yang belum melengkapkan suntikan kerana perlu menangguhkan tarikh temu janji.

“Saya yakin guru yang ada di negeri ini akan menerima vaksin bagi melindungi diri dan pelajar di sekolah tempat mereka mengajar,” katanya di sini.

Tambah Zamri, pihaknya juga sudah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memulakan proses vaksinasi ke atas pelajar sekolah khususnya yang berada di tingkatan lima dan enam.

“Kami sedang menunggu jadual pemberian vaksin untuk pelajar dan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya,” katanya.

Sesi persekolahan di Sabah dijangka bermula 1 Oktober depan selaras dengan pengumuman kerajaan dan KPM, seperti digariskan di bawah Fasa 2 dan 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Sehingga hari ini, Sabah berada di Fasa 2 PPN bersama lima negeri lain iaitu Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Pulau Pinang.

Terdahulu, Zamri menghadiri majlis penyerahan bantuan kepada pelajar dan warga Jabatan Pendidikan Daerah yang terlibat dalam kebakaran di Kampung Titingan bulan lalu.

Katanya, kebakaran berkenaan melibatkan 62 pelajar dan masing-masing dua guru serta anggota kumpulan pelaksana.

“Lebih RM26,000 dana berjaya dikumpulkan hasil sumbangan daripada warga PPD Tawau sendiri untuk diberikan kepada mangsa terjejas,” katanya yang berharap bantuan diberikan dapat meringankan beban ditanggung semua mangsa.

Beliau berharap sumbangan itu dapat meringankan bebanan yang ditanggung mangsa. - Getaran, 21 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 hari yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

2

Semasa 4 hari yang lalu

OCPD Lahad Datu Antara Yang Disiasat Kes Kematian Anak - Polis

3

Semasa 5 hari yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

Luar Negara 1 hari yang lalu

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Helikopter: Kesemua Mangsa Diberikan Penghormatan Terakhir Ikut Istiadat TLDM

Semasa 21 jam yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

oleh Wartawan Getaran