web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPM, Tolong Tangguh Buka Sekolah - Kesatuan

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2021 8:09AM

NUTP menggesa Kementerian Pendidikan supaya menimbangkan semula keputusan untuk mengadakan sesi bersemuka mulai bulan depan susulan peningkatan kes COVID. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) diminta menangguhkan pembukaan sesi persekolahan secara bersemuka pada 1 September ini, memandangkan kes harian pandemik COVID-19 semakin meningkat.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Harry Tan Huat Hock berkata, maklum balas diterima daripada guru dan ibu bapa murid menunjukkan mereka tidak bersetuju sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka dimulakan bulan depan, atas faktor keselamatan.

Mengambil kira aspek ini, KPM dirayu memberi pertimbangan khas ke atas keputusan berkenaan, yang nyata bakal memberi kesan kepada keselamatan serta kesihatan murid dan guru.

“Penangguhan ini bukan sekadar atas faktor keselamatan dan kesihatan, tetapi juga mengambil kira sesi persekolahan yang hanya berbaki 10 minggu sebelum cuti akhir tahun bermula.

“Kes COVID-19 setiap hari amat tinggi dan mencecah 20,000,  malah jika sesi persekolahan bersemuka dimulakan, ramai ibu bapa pastinya akan memilih untuk tidak menghantar anak mereka ke sekolah,” katanya kepada Getaran.

Menurut Harry, kadar vaksinasi dua dos yang melebihi 30 peratus masih tidak boleh menjamin keselamatan rakyat, khususnya ketika  jumlah kematian melebihi 100 setiap hari.

“Selain menangguhkan pembukaan persekolahan secara bersemuka sehingga situasi lebih selamat, NUTP berharap KPM dapat menyediakan kemudahan dan bantuan kepada pelajar, termasuk akses internet percuma bagi golongan keluarga B40 dan servis laju bagi membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) berjalan lancar.

“Untuk warga pendidik pula, diberikan pakej internet istimewa dan latihan untuk mempertingkatkan kemahiran guru dalam PdPR,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Mohd Azizee Hasan berkata, KPM perlu membuat keputusan jelas dan tepat berhubung pembukaan persekolahan secara bersemuka, berdasarkan data semasa untuk mengelakkan institusi terbabit dibuka dan ditutup bersilih ganti.

Katanya, KPM perlu mempunyai pelan dan agenda jelas jika PdPR dilanjutkan ke hujung tahun, bagi mengelakkan keciciran murid serta mengatasi kelesuan motivasi semasa sesi itu dijalankan.

Mohd Azizee berkata, KPM juga perlu mendapatkan pandangan daripada pemegang taruh pendidikan, seperti NUTP dan Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM), sebelum memuktamadkan keputusan itu.

“Pihak kami melihat sekolah wajar ditangguhkan ke tempoh bersesuaian sehingga meyakinkan semua pihak, seperti pentadbiran, guru, ibu bapa dan murid,” katanya.

Bagaimanapun tegas beliau, pembukaan sekolah perlu dilaksanakan dengan memberi keutamaan kepada sekolah luar bandar yang kurang jumlah murid, kawasan hijau dan kadar penerima vaksin melebihi had imuniti kelompok, sekiranya KPM masih meneruskan keputusan itu.

“Kaedah pergiliran murid ke sekolah perlu dilaksanakan mengikut keutamaan murid, malah prasekolah dan tahap satu perlu didahulukan bagi menangani isu penguasaan menulis, membaca serta mengira (3M).

“Kuasa autonomi juga perlu diberikan kepada pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dalam menentukan apa yang terbaik untuk dilaksanakan sekolah daripada sudut pembukaan serta pelaksanaan pengajaran,” katanya.

Sementara itu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), menegaskan, KPM harus mengeluarkan perancangan terperinci kepada umum sebagai garis panduan yang membolehkan sesi persekolahan bersemuka dibuka secara berperingkat.

Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata,  KPM juga harus memaklumkan perancangan masa depan pendidikan negara pasca COVID-19 supaya diketahui rakyat dengan jelas.

Dalam situasi angka harian COVID-19 dan kematian akibat pandemik itu semakin membimbangkan katanya, adalah menjadi tanggungjawab KPM untuk bersedia dengan perancangan rapi, terutama bagi mendapatkan kepercayaan ibu bapa serta guru sebelum sesi persekolahan secara bersemuka dibuka.

“ABIM mengambil contoh amalan di negara luar yang menjadikan beberapa petunjuk sebagai kayu ukur, antaranya kadar vaksinasi, jumlah kematian, jangkitan harian, statistik penggunaan katil hospital dan kajian tentang kehadiran varian baharu, sebelum mengambil keputusan melonggarkan kawalan,” katanya.

Muhammad Faisal berkata, KPM juga harus memastikan seluruh warga sekolah, termasuk pengusaha kantin, pemandu bas dan ekosistem persekolahan diberikan keutamaan serta menerima dos lengkap vaksin COVID-19.

“Usaha ini penting memandangkan Malaysia sudah menutup sekolah secara bersemuka melebihi 35 minggu pada tahun 2020 dan lebih 20 minggu setakat ini untuk tahun 2021 yang boleh memberi kesan besar kepada perjalanan pembelajaran murid,” katanya. - Getaran, 13 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

‘Anak Saya Ditikam Lebih 200 Kali’ - Ibu Mangsa

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Rogol Pelajar Tingkatan 3: ‘4 Pelajar Senior Itu Sudah Dibuang’ - KP

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Lagi Kes Buli: Pelajar Tingkatan 3 Cedera Dibuli 6 Rakan Sekolah

4

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Pengendali Makanan Dikenal Pasti Punca Penularan Tifoid Di Kota Bharu

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad