web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JKPPH Tuntut Yuran Pelajar IPT Diturunkan

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2021 3:23PM

Gambar fail menunjukkan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) sedang menunggu giliran untuk balik ke kampung. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (JKPPH) menuntut yuran pelajar di institusi pengajian tinggi tempatan diturunkan, susulan COVID-19 yang menyaksikan sesi kuliah dijalankan secara dalam talian.

Menerusi kenyataan bersama anggota JKPPH, pihak itu berkata penurunan yuran adalah perlu bagi kepentingan lebih 500,000 pelajar universiti awam (UA) di seluruh negara.

"JKPPH juga mengambil maklum beberapa siri pertemuan sudah diadakan di antara wakil pelajar dengan pihak pentadbir universiti mereka dan perjumpaan dengan pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berhubung perkara terbabit.

"Kami (JKPPH) bersetuju dengan tuntutan pelajar untuk pihak universiti menurunkan yuran dengan mengecualikan bayaran tidak berkaitan, sewaktu kebanyakan pelajar menjalankan sesi kuliah dan pembelajaran mereka secara dalam talian," katanya.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan Pengerusi JKPPH yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik; Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Tampin, Datuk Dr Hasan Bahrom; Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching; Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail; Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong dan Ahli Parlimen Tangga Batu, Rusnah Aluai.

Bagaimanapun, kenyataan itu berkata, JKPPH cakna terhadap survival kebanyakan IPT swasta (IPTS) yang dilanda krisis sepanjang COVID-19 dalam mendapatkan pendapatan kerana kekurangan kemasukan pelajar baharu, terutamanya membabitkan pelajar antarabangsa. 

Katanya, JKPPH sedar bahawa pihak kerajaan harus mengambil langkah tidak konvensional di dalam menangani krisis pendidikan di kala pandemik ini melanda.

Situasi getir dan luar biasa itu, jelasnya, memerlukan pendekatan tidak konvensional di dalam memastikan proses pendidikan tidak terganggu.

"JKPPH menggesa yuran diturunkan selaras tuntutan pelajar, malah subsidi tambahan diberikan kepada pihak universiti untuk menampung kos pengurusannya melalui geran khas sementara krisis ekonomi dan pandemik ini.

"Geran pembangunan infrastruktur dan infostruktur digital juga perlu disalurkan di kesemua 20 UA demi memastikan kelancaran pembelajaran secara digital dapat dijalankan pihak terbabit demi keselesaan serta kemudahan pembelajaran dan pengajaran," katanya.

Kerajaan jelas JKPPH lagi, perlu mengimbangkan di antara kelangsungan pengurusan pihak IPTS dan kemaslahatan para pelajar.

"Atas dasar ini, dicadangkan kerajaan memberikan subsidi bayaran yuran kepada pelajar daripada keluarga B40 dan M40," katanya. - Getaran, 9 Julai 2021

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 5 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad