Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Isu Kepadatan Murid Di SK Cyberjaya Sedang Ditangani - KPM

Pendidikan Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2024 4:11PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Isu kepadatan murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Cyberjaya sedang ditangani menerusi beberapa langkah, antaranya penyuraian murid ke beberapa sekolah berdekatan dan pembinaan SK Cyberjaya (2) yang dijangka siap pada 2028.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, sebagai penyelesaian jangka panjang, SK Cyberjaya (2) yang dibida dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) Rolling Plan 3 (RP3) sudah mendapat kelulusan dan kini berada dalam proses perolehan.

"Sekolah baharu ini bakal dilengkapi dengan 36 bilik darjah dan kemudahan lain mengikut konsep reka dan bina bagi mempercepatkan proses pembinaan. SK Cyberjaya (2) dijangka siap pembinaannya pada 2028," menurut kenyataan itu.

Selain itu, KPM memaklumkan penyuraian murid Tahun 1 ke beberapa sekolah berdekatan serta kelulusan pembinaan kabin 12 buah bilik darjah tambahan pula adalah penyelesaian jangka pendek yang sedang dilaksanakan.

Menurut kenyataan itu, KPM turut mempunyai perancangan masa hadapan bagi mengatasi isu kepadatan murid di Cyberjaya.

Ini termasuk menerusi pembinaan sekolah menengah baharu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cyberjaya (2) yang akan dimohon dalam RMK13 RP1 Tahun 2026, pada tahun ini.

KPM memaklumkan perolehan tanah bagi pembinaan SK Cyberjaya (3) pula akan dimohon dalam RMK13 RP2 Tahun 2027, pada 2025. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 1 minggu yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

2

Pendidikan 1 minggu yang lalu

3,038 Sekolah Kurang Murid Tahun Ini, Tiada Yang Ditutup - Wong

3

Pendidikan 2 minggu yang lalu

KPM Perluas Pengambilan Calon Guru PISMP Kepada Lepasan STPM, STAM, Matrikulasi

4

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Tiada Tolak Ansur Terhadap Kesalahan Seksual - KPM

Sorotan

1

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

2

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

3

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM

4

Proses Penamaan Calon PRK KKB Lancar - Polis Selangor

5

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

6

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PN Letak Calon Melayu Atas Permintaan, Bukan Kerana Perkauman - Muhyiddin

oleh Diyana Nawwar

Semasa 23 jam yang lalu

Ambil Tindakan Terhadap Pihak Terbabit Laporan Berkaitan Lesen Kasino - PM

Semasa 12 jam yang lalu

Agenda Pemantapan Tatakelola, Integriti Jadi Asas Utama SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Disiasat, Muat Naik Hantaran Jelik Berkaitan Tragedi Helikopter TLDM

oleh Sophia Ahmad