web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peperiksaan SPM 2023 Berjalan Lancar Di Seluruh Negara

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2024 12:29PM

Reaksi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ketika berada di dewan peperiksaan bagi menduduki peperiksaan bertulis Bahasa Melayu Kertas Satu pada hari pertama SPM 2023 di Sekolah Menengah (SM) Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, Bukit Mertajam hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang bermula hari ini melibatkan 395,870 calon di 3,340 pusat peperiksaan di seluruh negara berjalan lancar termasuk di negeri terjejas banjir iaitu Pahang dan Terengganu.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah) Kementerian Pendidikan Azman Adnan berkata tiada sebarang isu berhubung calon terjejas dan tidak dapat hadir ke pusat peperiksaan dilaporkan setakat pagi ini.

"Setakat ini, perjalanan SPM di seluruh negara tidak ada masalah atau ada isu murid kita terjejas ke pusat peperiksaan walaupun ada kawasan tertentu di beberapa negeri masih dilanda banjir," katanya ketika ditemui selepas melawat Sekolah Tun Fatimah di Johor Bahru, hari ini.

Mengulas situasi di JOHOR, Azman berkata sebanyak 18 sekolah menengah di Batu Pahat, Kluang, Kota Tinggi, Segamat, Kulai dan Tangkak sedia diaktifkan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) bagi persediaan menghadapi banjir.

Beliau turut menjelaskan peperiksaan SPM di sekolah yang digunakan sebagai PPS, tidak akan terjejas dan tetap diteruskan seperti biasa di negeri itu yang melibatkan sebanyak 48,426 calon di 364 pusat di 301 sekolah.

Di PAHANG, sejumlah 20,271 calon menduduki peperiksaan SPM di 258 pusat peperiksaan seluruh negeri, yang turut melibatkan 2,184 petugas termasuk 274 sukarelawan peperiksaan yang dilantik dengan tiada pusat peperiksaan dilaporkan terjejas bencana banjir,menurut Pengarah Pendidikan Pahang Amzan Abd Malek.

Di TERENGGANU, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Jelani Sulong berkata pihaknya sentiasa bersiap sedia untuk menggerakkan Op Payung sekiranya banjir melanda sekolah terlibat dengan peperiksaan itu, selain sentiasa memantau perkembangan cuaca semasa sebagai persediaan untuk sebarang kemungkinan. - BERNAMA

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

oleh Sophia Ahmad