web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPM Pelawa Guru Sertai Program Pembudayaan STEM – Fadhlina

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2024 4:25PM

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek ketika menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2024 Kementerian Pendidikan (KPM) di Putrajaya. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Guru Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dipelawa menyertai program pembudayaan STEM, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Fadhlina berkata kementerian memperuntukkan RM100,000 untuk pelaksanaan program itu di 10 sekolah terpilih menerusi projek rintis.

"Saya bagi masa dua minggu kepada guru-guru STEM untuk fikirkan apa aktiviti atau program yang sesuai untuk membudayakan pendidikan ini.

"Sampaikan kepada guru kita untuk pastikan mereka menyertai program ini agar pembudayaan

STEM akan diterajui guru tempatan, sekali gus memberi impak kepada perjalanan STEM negara," katanya ketika menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2024 Kementerian Pendidikan (KPM) di sini hari ini.

Beliau berkata surat tawaran bagi menyertai program itu akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat dan guru yang berminat boleh menghantar permohonan kepada kementerian.

KPM katanya akan memilih sekolah berdasarkan pendapat mereka mengenai usaha mewujudkan ekosistem pembudayaan STEM di sekolah masing-masing.

Selain itu, beliau memaklumkan KPM akan mengadakan Jerayawara Jelajah Pendidikan bermula di Zon Tengah pada 27 Februari ini sebelum disusuli zon lain.

Jerayawara itu, yang dijangka berlangsung hingga Julai ini, bertujuan mendapatkan pandangan berhubung pelan pembangunan pendidikan berkaitan kurikulum persekolahan baharu 2027. - BERNAMA

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mahu Berjaga Untuk Perjalanan Jauh, Ramai Pemandu Lori Mengaku Ambil Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Terima Penghargaan Sultan Selangor, ‘LRT3 Shah Alam Bukan Projek Untuk Bermegah’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

oleh Sophia Ahmad