web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cuti Umum 20 Feb Di Melaka, SPM Tetap Diteruskan

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2023 3:01PM

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Empat kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang diadakan pada 20 Feb tahun depan akan diteruskan mengikut jadual walaupun tarikh itu merupakan cuti kelepasan am bagi negeri Melaka bersempena dengan Hari Pengisytiharan Kemerdekaan.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata hal itu berikutan kerajaan negeri telah mewarta dan mengisytiharkan 20 Feb sebagai cuti umum baharu negeri Melaka bagi menggantikan cuti umum Hari Melaka Bandaraya Bersejarah yang disambut 15 April setiap tahun sebelum ini.

"Jadi dalam tempoh itu, peperiksaan SPM sedang berlangsung dan untuk makluman orang ramai peperiksaan bagi calon yang mengambil empat kertas bagi subjek Manahij al 'Ulum al-Islamiah, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik dan Reka Cipta tidak ditangguhkan.

"Bilangan calon SPM terlibat bagi kesemua kertas peperiksaan itu adalah sebanyak 4,528 pelajar berdaftar melibatkan 84 pusat peperiksaan dengan 335 petugas pengawas peperiksaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri Hari Pemohon Rumah Mesra Rakyat (RMR) bersama Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) cawangan Melaka di Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Ayer Molek.

Cuti yang diwartakan bagi Hari Pengisytiharan Kemerdekaan negara itu adalah bersempena dengan sejarah awal Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu sewaktu diumumkan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Padang Banda Hilir pada 20 Februari 1956.

Mengulas lanjut, Rahmad berkata sebanyak 12,900 calon telah mendaftar bagi menduduki SPM 2023 di 103 pusat peperiksaan di seluruh Melaka berbanding 12,907 calon pada 2022.

Beliau berkata sejumlah 1,255 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan SPM berjalan lancar seperti dijadualkan.

Dalam pada itu, beliau turut menggalakkan pelajar sekolah, jemaah di surau dan masjid menggunakan pelitup muka terutama bagi mereka yang bergejala susulan peningkatan kes COVID-19 di negeri ini.

"Walaupun masih belum ada lagi arahan kena (wajib) pakai pelitup muka, kita galakkan mereka memakainya untuk mengekang penularan," katanya.

Media sebelum ini melaporkan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem memaklumkan kes COVID-19 di Melaka pada minggu Epidemiologi ke-48 yang berakhir pada 2 Dis lepas menunjukkan peningkatan kepada 534 kes baharu berbanding minggu sebelumnya.  - BERNAMA

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kastam Tumpas 5 Sindiket Dadah Antarabangsa, Rampas Narkotik RM300.72 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Peranan Penasihat NFCC Cetus Persoalan, Hamzah Tuntut Penjelasan Pelantikan Azam Baki

oleh Sophia Ahmad