web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pasangan Kembar Pelari Pecut Negara Bergraduasi Bersama Di UPM

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2023 7:51PM

Pasangan kembar atlet pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli dan Zaidatul Husna bergambar bersama keluarga selepas majlis Konvokesyen Ke-47 Universiti Putra Malaysia hari ini. gambar FB UPM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pasangan kembar atlet pecut wanita negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, 30, dan Zaidatul Husna berjaya bergraduasi bersama pada Majlis Konvokesyen ke-47 Universiti Putra Malaysia (UPM) sidang kedua, hari ini.

UPM dalam kenyataan memaklumkan perjalanan pengajian ijazah sarjana muda bagi kembar berkenaan yang mengambil masa sembilan tahun, dipenuhi pelbagai cabaran kerana masing-masing perlu memberi fokus pada latihan olahraga bagi mengharumkan nama negara.

Zaidatul Husniah yang juga graduan Sarjana Muda Pendidikan Jasmani berkata, beliau perlu merancang pelajaran setiap semester supaya dapat melakukan latihan olahraga dan fokus pada akademik.

“Saya pernah menangguhkan pengajian selama tiga tahun kerana perlu menjalani latihan di luar negara iaitu pada 2017, 2018 dan 2020. Ini satu cabaran dan pengorbanan yang perlu dilakukan,” katanya dalam kenyataan itu.

Sementara itu, kakaknya Zaidatul Husna yang juga graduan Sarjana Muda Sains Pembangunan Sumber Manusia mengakui kekangan masa menjadi cabaran terbesar buat atlet yang menyambung pengajian.

Beliau berkata, selain menyusun masa untuk menghadiri latihan dan kelas yang tidak menentu waktunya, mereka juga perlu menyiapkan tugasan diberikan pensyarah.

“Alhamdulillah, akhirnya kami berjaya. Inilah hadiah paling bermakna buat kedua ibu bapa kami kerana mereka adalah tulang belakang yang sentiasa memberi sokongan, semangat dan dorongan tanpa jemu.

“Sukan kita boleh berhenti tetapi pelajaran dan ilmu tidak boleh berhenti,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

E-Tunai Belia Rahmah, Nilai Tambah Kepada Inisiatif Sedia Ada Bantu Mahasiswa

2

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Kau Pakailah Sejadah Aku’, Permintaan Peserta Larian Sebelum Meninggal Dunia Undang Sebak

3

TARA 4 tahun yang lalu

'Si Bulus' Juga Ahli Keluarga Kami - Mangsa Banjir

4

Pendidikan 4 tahun yang lalu

UPM Kekal Universiti Paling Lestari Di Malaysia

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 46 minit yang lalu

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 jam yang lalu

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

oleh Amirah Abu Bakar