web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KPM Sasar Tingkat Enrolmen Murid Prasekolah

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2023 9:28AM

Fadhlina Sidek berkata bagi mencapai sasaran itu KPM akan membuka lebih banyak prasekolah selain melakukan kempen advokasi kepada ibu bapa - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kementerian Pendidikan (KPM) menyasarkan untuk meningkatkan enrolmen murid di prasekolah kepada 90 peratus berbanding 80 peratus ketika ini sebagai langkah awal mengekang keciciran di peringkat sekolah rendah dan menengah.

Menterinya Fadhlina Sidek berkata bagi mencapai sasaran itu KPM akan membuka lebih banyak prasekolah selain melakukan kempen advokasi kepada ibu bapa untuk menggalakkan mereka menghantar anak-anak ke prasekolah bagi mendapatkan pendidikan awal.

"Enrolmen prasekolah (ketika ini) adalah sekitar 80 peratus, sekolah menengah lebih kurang 78 peratus jadi agak rendah berbanding dengan sekolah rendah yang kita wajibkan itu iaitu pada kadar 98 peratus.

"Jadi kita ada dua segmen pelajar yang perlu kita beri tumpuan enrolmennya iaitu prasekolah dan juga sekolah menengah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Sesi Motivasi bersama Cikgu Menteri di sini malam tadi.

Beliau berkata antara faktor kadar enrolmen prasekolah rendah adalah disebabkan kemiskinan iaitu ibu bapa tidak mampu menghantar anak mereka ke prasekolah, selain kekurangan kelas prasekolah yang sedang ditangani di peringkat kementerian.

Ditanya sama ada KPM berhasrat mewajibkan pendidikan prasekolah seperti sekolah rendah, Fadhlina berkata pihaknya akan menyelesaikan dahulu isu-isu berkaitan prasekolah sebelum meneliti perkara itu.

Mengulas mengenai keciciran di peringkat sekolah menengah, beliau berkata Rang Undang-Undang (RUU) mewajibkan pendidikan di peringkat sekolah menengah yang akan dibentangkan di Parlimen dijangka dapat memastikan pelajar kekal bersekolah sehingga tamat tingkatan lima.

"Sekolah menengah ini drop out (tercicir), orang tak sambung belajar ini disebabkan oleh macam-macamlah, kemiskinan, bekerja, kahwin, hamil dan memang mahu berhenti atau terlibat dengan pelbagai isu-isu sosial.

"Jadi untuk kekang isu-isu ini kita perlu juga ada dasar pendidikan wajib untuk sekolah menengah supaya mereka boleh kekal di sekolah sehingga tingkatan lima," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Pelajar Maut, KPM Arah IPG Henti Semua Aktiviti Ekstrem, Sukan Air

2

Pendidikan 2 bulan yang lalu

Tangguh Aktiviti Luar Jika Suhu Lebih 35 Selsius - KPM

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Sekolah Padat: KPM Rangka Intervensi Jangka Panjang, Pendek - Fadhlina

4

Semasa 2 tahun yang lalu

97.8 Peratus Projek Penyelenggaraan Tandas Sekolah Siap Sepenuhnya

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam