web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sesi PdPR Bermula Hari Ini Di Seluruh Negara

Pendidikan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2021 2:26PM

Seorang pelajar sekolah mengikuti pembelajaran menerusi PdPR. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seminggu selepas cuti Hari Raya Aidilfitri, sesi pembelajaran murid sekolah diteruskan hari ini dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi sekolah kumpulan B.

Sesi pembelajaran itu bermula hari ini sehingga 28 Mei bagi sekolah kumpulan B (sekolah-sekolah di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya).

Bagi sekolah kumpulan A, (sekolah-sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) sesi pembelajaran itu telah bermula semalam sehingga 27 Mei.

Beberapa orang ibu bapa memberikan respons positif susulan pengumuman pelaksanaan PdPR selama dua minggu ini, dibuat Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Dr Radzi Jidin dalam sidang media pada 26 April (hampir dua minggu sebelum cuti raya Aidilfitri).

Pengguna media sosial Azizan Abu Bakar berkata beliau menyokong keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi pelaksanaan PdPR bertujuan mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 yang mungkin berlaku di luar sekolah semasa musim perayaan.

“Win-win situation bagi mengelak kluster Hari Raya menular ke sekolah dan tindakan makluman awal pun sangat tepat supaya pihak sekolah boleh merancang awal bahan PdPR untuk murid sebelum mula bercuti hari raya,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Noriah Saleh, 34, ibu kepada tiga anak yang masih bersekolah berkata anaknya kini sudah membiasakan diri untuk belajar secara PdPR menggunakan modul latihan yang disediakan guru sebelum cuti Aidilfitri bermula.

“Cikgu akan hantar pesanan melalui apilkasi WhatsApp pada ibu bapa untuk ingatkan anak-anak dan memantau mereka buat latihan ikut subjek. Kelas dalam talian pun sudah ada jadual dan lebih teratur,” katanya.

Bapa kepada dua pelajar, Yusri Mohd, 40, berkata sebagai persiapan awal untuk menghadapi peperiksaan, beliau mengingatkan anaknya supaya mengikuti kelas di DidikTV sekiranya tidak dapat mengikuti kelas secara dalam talian.

“Untuk pastikan tidak tertinggal pelajaran saya suruh anak tengok televisyen (DidikTV) untuk belajar sebagai tambahan selain baca nota dan siapkan latihan yang cikgu bagi untuk ulang kaji setiap hari,” katanya.   

Sebelum ini, Radzi memaklumkan selepas tempoh PdPR itu, murid dan pelajar akan menyambung cuti penggal yang bermula 28 Mei sehingga 12 Jun bagi sekolah kumpulan A dan 29 Mei sehingga 13 Jun bagi sekolah kumpulan B. - Bernama 

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar