web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kolaborasi UiTM Hasilkan Kandungan Pembelajaran Digital Berkualiti Tinggi

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2023 9:45AM

Pelajar-pelajar UiTM akan menghasilkan sehingga 100 video Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, yang akan dimuat naik ke portal dan aplikasi eKelas dengan sokongan dan bimbingan pensyarah-pensyarah kanan dan pakar yang disediakan Maxis. - Gambar ihsan Maxis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Maxis dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) bekerjasama untuk menghasilkan kandungan pembelajaran digital berkualiti tinggi bagi pelajar Tahun Empat hingga Tingkatan Lima untuk program komuniti utama Maxis, eKelas.

Kerjasama itu selaras dengan komitmen UiTM untuk menyediakan pendidikan inovatif kepada pelajarnya, dan kerjasama itu menjadi rasmi menerusi pemeteraian Memorandum Perjanjian antara Maxis dan UiTM.

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Goh Seow Eng berkata aspek kandungan sentiasa menjadi pendorong penting bagi program eKelas untuk menjadikan pembelajaran buat pelajar menjadi lebih menarik dan berkesan.

“Maxis gembira dapat berkolaborasi dengan UiTM dalam kerjasama yang saling menguntungkan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor berkata kolaborasi itu akan membolehkan para pelajar meneroka potensi mereka dalam penyediaan kandungan dan meningkatkan pengetahuan dalam penghasilan kandungan digital, dengan bimbingan daripada pakar dalam bidang ini.

“Ini sejajar dengan komitmen untuk menyediakan pendidikan inovatif kepada pelajar-pelajar kami. Kami harapkan kerjasama ini membuahkan kejayaan,” katanya.

Pelajar-pelajar UiTM akan menghasilkan sehingga 100 video Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, yang akan dimuat naik ke portal dan aplikasi eKelas dengan sokongan dan bimbingan pensyarah-pensyarah kanan dan pakar yang disediakan Maxis.

Video-video itu akan dihasilkan dalam bentuk peranan watak kehidupan sebenar eksperimen, dan animasi, untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik bagi pelajar-pelajar eKelas, sambil membolehkan para pelajar memperoleh pengalaman praktikal yang berharga dalam pembangunan kandungan.

Tahun lepas Maxis dan UiTM menjalankan bengkel perintis untuk menghasilkan video-video pembelajaran bagi menguji proses pembangunan kandungan serta kriteria semakan dan penyuntingan.

eKelas Maxis adalah inisiatif pembelajaran selepas sekolah untuk pelajar Tahun Empat hingga Tingkatan Lima terutama dari komuniti luar bandar, yang akan membolehkan mereka didedahkan kepada pembelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris menerusi gabungan tutorial secara langsung, pembelajaran berkumpulan dan pertandingan, melalui portal serta aplikasi eKelas.

Sehingga kini lebih 75,000 pelajar telah berdaftar dengan portal eKelas, dan baru-baru ini Maxis menambah dua mata pelajaran; Bahasa Melayu dan Sejarah, kepada portal dan aplikasi mudah alih eKelas bagi pelajar Tingkatan Empat dan dan Lima.

Platform ini juga diperbaharui dengan interface lebih mesra pengguna, cadangan pembelajaran  lebih personal dengan analisis prestasi, pengalaman pembelajaran berbentuk permainan (game) dengan cabaran harian, dan juga sistem ganjaran.

Para pelajar digalakkan mendaftar secara percuma dengan eKelas sekarang di www.ekelas.com.my atau muat turun aplikasi mudah alih eKelas di App Store atau Google Play untuk perdaftaran secara percuma. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran