web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aktiviti Luar Bilik Darjah Dibatalkan Jika Bacaan IPU Tidak Sihat

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2023 3:59PM

Hui Ying (belakang tengah) dan tetamu bergambar bersama murid-murid dari kelas Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) SJK (C) San Min, Seremban, selepas membuat persembahan Tarian Sewang ketika melawat sekolah berkenaan hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Pihak sekolah perlu membatalkan semua aktiviti luar bilik darjah jika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 101, kata Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying.

Beliau berkata tindakan itu merupakan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada Kementerian Pendidikan (KPM) dan surat pekeliling turut dikeluarkan di setiap Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi tindakan lanjut.

“Sekiranya bacaan IPU meningkat hingga 200 ke atas KPM akan mengarahkan sekolah ditutup. Bacaan IPU 101 ke atas adalah tidak sihat, jadi jika ia berlaku sebarang aktiviti di luar bilik darjah tidak dibenarkan.

“Pada masa sekarang semua pelajar dinasihatkan memakai pelitup muka, kerap minum air serta mengurangkan aktiviti ketika cuaca panas,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (C) Kampung Baru Rahang di sini hari ini.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad dilaporkan berkata jerebu dijangka lebih serius pada tahun ini berbanding dalam tempoh tiga tahun lepas apabila aktiviti perladangan dan industri kembali beroperasi seperti sedia kala. 

Terdahulu, Hui Ying turut melawat SJK Tamil (T) Lobak dan SJK (C) San Min bagi menyampaikan bantuan RM200,000 bagi setiap sekolah tersebut untuk pembangunan dan penyelenggaraan perluasan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

Hui Ying berkata terdapat 4,620 sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya satu kemudahan mesra orang kurang upaya (OKU) sama ada susur landai, susur tangan, tandas OKU dan parkir OKU.

“KPM sedang meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawainya bagi pemantauan secara berkesan serta berterusan demi memastikan semua sekolah dilengkapi kemudahan dan infrastruktur yang bersesuaian untuk murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) selaras dengan piawaian ditetapkan,” katanya.

Menurutnya KPM juga menyediakan laluan khas bagi calon MBPK mengikuti pengajian di Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam pelbagai bidang pengkhususan untuk keperluan di sekolah rendah.

“Calon MBPK yang ingin memohon hendaklah sihat tubuh badan, boleh mengurus diri sendiri, aktif dalam kegiatan kokurikulum dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Katanya seramai 62 orang graduan dalam bidang Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran akan menamatkan pengajian di IPG pada Mei ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Pelajar Maut, KPM Arah IPG Henti Semua Aktiviti Ekstrem, Sukan Air

2

Pendidikan 2 bulan yang lalu

Tangguh Aktiviti Luar Jika Suhu Lebih 35 Selsius - KPM

3

Semasa 7 bulan yang lalu

‘Anak Saya Ditikam Lebih 200 Kali’ - Ibu Mangsa

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Lagi Kes Buli: Pelajar Tingkatan 3 Cedera Dibuli 6 Rakan Sekolah

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad