web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


7 Pelajar Malaysia Terima Anugerah Dalam Peperiksaan Diiktiraf Cambridge

Pendidikan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2021 8:27AM

The Outstanding Cambridge Leaner Awards adalah anugerah untuk meraikan pelajar cemerlang dalam peperiksaan Cambridge International dan diambil oleh pelajar di lebih 160 negara di seluruh dunia.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tujuh daripada 12 pelajar dari Methodist College Kuala Lumpur (MCKL) berjaya mengukir nama Malaysia dalam peta kecemerlangan akademik global dengan kejayaan meraih pengiktirafan ‘Top of The World Awards’ dalam Anugerah Outstanding Cambridge Leaner Awards yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

MCKL dalam satu kenyataan berkata mereka adalah antara pelajar yang menerima anugerah berprestij dari Cambridge Assessment International Education, yang merupakan sebahagian daripada University of Cambridge, untuk memperakui prestasi peperiksaan mereka yang cemerlang.

The Outstanding Cambridge Leaner Awards merupakan anugerah meraikan pelajar yang menunjukkan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan Cambridge International, yang diambil oleh pelajar di lebih 160 negara di seluruh dunia.

Eng Wai Lam menduduki tempat pertama dan dinobatkan sebagai 'Best Across Three Award' bagi pencapaian yang luar biasa sebagai 'Top in the World' dalam mata pelajaran Matematik Lanjutan & Matematik, Fizik dan Kimia, oleh Cambridge Assessment International Education.

Sementara itu enam penerima Anugerah ‘Top in the World’ yang lain adalah Saranya Anandraj (Undang-Undang), Adrianna Eva Alfred Tais (Sastera dalam Bahasa Inggeris), Liew Xiao Theng (Psikologi), Alvin Chan Zheng Jing (Matematik), Chan Junwin (Matematik), dan Lum Ting Fang (Matematik).

Tiga orang pelajar; Lee Jia Cherng (Kimia), Kim Byungjoo (Matematik Lanjutan), dan Tan Mei Yee (Psikologi) menerima Anugerah ‘Top in Malaysia’ manakala, RR Aviinash menerima Anugerah Pencapaian Tinggi untuk Bahasa Tamil dan Ryan Nicholas Tay menerima penghargaan yang sama dalam Sains Komputer.

Bercakap mengenai pencapaiannya, Eng yang juga dikenali sebagai Simpson berkata ungkapan gembira semata-mata tidak boleh menggambarkan keriangan tidak terhingga yang dirasainya, dan sememangnya beliau tidak pernah bermimpi untuk memperoleh anugerah berkenaan.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah Matematik saya, Encik Samuel, Cik Lim dan Cik Koh atas tunjuk ajar yang diberikan. Saya juga ingin menyampaikan ucapan penghargaan kepada rakan-rakan atas persahabatan dan sokongan mereka di dalam dan di luar kelas. Akhir sekali ibu bapa saya kerana menjadi tempat saya bergantung,” katanya.

MCKL berkata 'Pencapaian Tinggi' diberikan kepada pelajar yang telah memperoleh markah standard tertinggi di negara dalam mata pelajaran tertentu yang tidak begitu diambil ramai.

“Pencapaian terbaharu itu meneruskan rentetan kejayaan Anugerah Outstanding Cambridge Learner Awards yang dicapai MCKL sejak beberapa tahun kebelakangan ini,” tambahnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MCKL Angela Pok berkata pihak universiti sangat berbangga dengan pencapaian pelajar Cambridge A Level mereka, dan menurutnya usaha mengalahkan pesaing bagi mendapatkan anugerah yang menjadi rebutan hampir sejuta pelajar di seluruh dunia itu, bukanlah sesuatu yang mudah.

"Pencapaian pelajar kami bukan sahaja mengagumkan, tetapi juga sangat relevan. Oleh kerana dunia yang cepat berkembang mewujudkan persekitaran lebih kompetitif dan mendesak, adalah penting untuk menguasai kemahiran akademik global yang merupakan elemen penting untuk berjaya dalam dunia yang cepat berubah ini," katanya.

Cambridge IGCSE adalah peperiksaan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa yang memberi pelajar peluang untuk memperoleh kelayakan antarabangsa yang berprestij.

Tahun lepas, lebih sejuta pelajar mengambil bahagian dalam peperiksaan berasaskan Cambridge International dari lebih 10,000 sekolah di seluruh dunia, termasuk UK, Amerika Syarikat, China, India, Singapura dan Malaysia. - Bernama

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar