web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Kelas Akademik Minggu Pertama Persekolahan Ambil Kira Impak - Fadhlina

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2023 6:41PM

Tiada kelas akademik diadakan pada minggu pertama sesi persekolahan bermula esok dan Isnin, sebaliknya ia diisi dengan penerapan nilai-nilai jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Pekeliling baharu Kementerian Pendidikan untuk tidak mengadakan kelas akademik pada minggu pertama sesi persekolahan 2023/2024 dikeluarkan setelah penelitian yang lama, agar langkah itu memberi impak kepada pihak terlibat.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata bukan mudah untuk kementeriannya membatalkan pekeliling asal berusia 34 tahun yang dilaksanakan ketika Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan Menteri Pelajaran.

Fadhlina Sidek - Gambar oleh Azim Rahman
Fadhlina Sidek - Gambar oleh Azim Rahman

“Susah nak batalkan pekeliling daripada bos sendiri. Kita ambil masa yang lama untuk melihat dan memastikan bahawa pekeliling (baharu) ini benar-benar boleh memberikan impak kepada anak-anak kita yang akan kita terjemahkan kepada murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara, negara sejahtera,” katanya.

Ketua Wanita PKR itu berkata demikian dalam ucapan penggulungan Kongres Nasional Khas PKR 2023 di Stadium Malawati di sini hari ini.

Terdahulu, pembahas Kedah Habib Ahmad Muhaiyuddin dalam sesi perbahasannya memuji dan menyambut baik pekeliling baharu Kementerian Pendidikan itu. 

Sebelum ini, Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali dalam sidang media sempena amanat pembukaan sesi persekolahan 2023/2024 berkata tiada kelas akademik diadakan pada minggu pertama sesi persekolahan tersebut, bermula 19 Mac dan 20 Mac ini, sebaliknya ia diisi dengan penerapan nilai-nilai jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek.

Beliau berkata fokus hari pertama persekolahan sebelum ini adalah kepada akademik tetapi langkah yang diambil pada sesi kali ini adalah melaksanakan pendidikan didik hibur dan pembelajaran berasaskan projek mudah.

Sesi persekolahan 2023/2024 akan bermula pada 19 Mac bagi negeri Kumpulan A iaitu Johor, Terengganu, Kelantan dan Kedah, manakala negeri Kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan) bermula esoknya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

2

Pendidikan 6 bulan yang lalu

SPM Tidak Dimansuh, Kekal Kelayakan Tamat Sekolah Terpenting - Fadhlina

3

Rencana 7 bulan yang lalu

Puan Menteri, Berhentilah Beralasan Demi Anak-Anak Bangsa! 

4

Semasa 8 bulan yang lalu

KPM Beri Sokongan Emosi Kepada Pelajar Perempuan Disyaki Mangsa Rogol

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 15 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad