web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Fadillah Akan Jumpa Fadhlina Bincang Isu Tak Iktiraf Sijil UEC

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2023 5:22PM

Fadillah Yusof (kiri) akan bertemu dengan Fadhlina Sidek untuk mengetahui alasan atau rasional di sebalik keputusan tidak mengiktiraf sijil UEC. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Datuk Seri Fadillah Yusof akan bertemu dengan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bagi mendapatkan penjelasan mengapa kementerian itu tidak bercadang untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai sebahagian silibus kebangsaan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau akan berbincang dengan pihak Kementerian Pendidikan (KPM) untuk mengetahui alasan atau rasional di sebalik keputusan tidak mengiktiraf sijil berkenaan.

“Sudah tentu saya menyokong jika (kerajaan) Persekutuan akan mengikut apa yang telah dilaksanakan oleh Sarawak, iaitu kita mengiktiraf UEC,” katanya kepada media selepas menghadiri program ‘Juh Bekpes’ Bersama Belia-Belia 1828 Petra Jaya di Metro City, Matang di sini, hari ini.

Fadillah berkata, kerajaan terdahulu mempertimbangkan untuk mengiktiraf UEC jika ia memasukkan beberapa mata pelajaran daripada sukatan pelajaran kebangsaan.

“Saya masih ingat semasa kerajaan terdahulu, apa yang kita lihat hanyalah jika UEC akan menyerap sebahagian daripada silibus kebangsaan. khususnya mata pelajaran Sejarah, maka ia mungkin boleh diiktiraf.

“Maknanya masih ada ruang untuk berunding dan berbincang dengan semua persatuan pendidikan Cina. Biar saya dapatkan semua butiran dahulu apabila saya pulang (ke Putrajaya),” katanya.

Fadhlina baru-baru ini menerusi satu kenyataan memaklumkan, KPM tidak bercadang untuk mengiktiraf UEC.

Tambah beliau, pendirian sedemikian adalah berdasarkan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1996.

Mengiktiraf UEC adalah antara ikrar utama dalam manifesto kempen Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu.

Susulan itu, masyarakat Cina di sini menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap keputusan berkenaan, dengan Presiden Persekutuan Persatuan Cina Sarawak, Datuk Richard Wee menyifatkannya sebagai ‘mengecewakan’.

“Kami kecewa dengan pendirian dan kenyataan Menteri Pendidikan. Kerajaan Persekutuan harus melihat pendekatan kerajaan Sarawak dan belajar daripada kami dalam mengiktiraf UEC dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia.

“Isu UEC digunakan semua parti politik, khususnya parti berasaskan Cina untuk meneruskan agenda politik mereka dan menarik sokongan masyarakat itu.

“Malangnya, apabila berkuasa, mereka semua nampaknya sama ada menukar pendirian atau tidak mempunyai kemahuan politik untuk melihat janji dan ikrar dalam manifesto pilihan raya mereka,” katanya semalam. - Borneo Post Online, 4 Mac 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran