Berita Terkini

9 jam yang lalu: Rohana pulangkan AS$10 juta, aset 1MDB kepada kerajaan 9 jam yang lalu: Manfaatkan Ramadan untuk bentuk penyatuan Ummah - Ahmad Zahid 9 jam yang lalu: Hanya 6.3 peratus atau 2.1 juta rakyat ada ilmu asas pertahanan awam 9 jam yang lalu: Menteri KDN diminta pertimbang lanjut PLKS dalam 3 subsektor 11 jam yang lalu: MAHB catat pergerakan penumpang lebih tinggi pada Februari

IKUTI KAMI


Audio UMBI SPM 2022 Dirakam Ketika Penutur Masih Menuntut - Sumber

Pendidikan Dikemaskini 1 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Feb 2023 7:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rakaman audio digunakan pada Ujian Mendengar Bahasa Inggeris (UMBI) untuk Sijil Peperiksaan Malaysia 2022 baru-baru ini dibuat ketika individu berkenaan masih menuntut di institusi pengajian tinggi.

Sumber kementerian memberitahu, individu berkenaan masih belum bergelar pempengaruh TikTok ketika menjalani rakaman tersebut.

Menurut beliau, fakta itu sekali gus membenarkan kenyataan dibuat KPM sebelum ini, bahawa rakaman audio terbabit tidak menggunakan suara pempengaruh aplikasi media sosial berkenaan.

“Rakaman tersebut bukan baru dibuat. Individu berkenaan ketika itu masih seorang penuntut di bawah KPM.

“Apa yang beliau lakukan selepas rakaman dibuat adalah di luar bidang kuasa kami,” katanya kepada Getaran.

Sumber menyatakan demikian ketika ditanya mengenai kebenaran dakwaan kononnya rakaman audio UMBI SPM 2022 pada 16 Februari lalu menggunakan suara pempengaruh TikTok yang tidak mahir berbahasa Inggeris.

Dakwaan berkenaan tular di media sosial dan dikongsi ramai pengguna, termasuk oleh guru yang kesal dengan kualiti audio terbabit.

Selepas ujian berkenaan dilaksanakan, ramai pelajar dikatakan mengeluh kerana sukar atau gagal menangkap petikan diperdengar kepada mereka menerusi audio itu.

Mereka mendakwa sebutan dan ayat dituturkan terlalu laju, malah ada perkataan yang tidak disebut dengan tepat.

Susulan kontroversi, jurucakap Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) menerusi kenyataan semalam memberitahu, kadar kelajuan pertuturan pelontar suara bagi item atau instrumen adalah berdasarkan aras kompetensi Common European Framework of References for Languages (CEFR).

Menurut beliau, pembinaan item atau instrumen UMBI SPM 2022 itu adalah berdasarkan kadar kelajuan pertuturan yang tipikal dan menepati standard pertuturan serta perbualan.

“Di samping itu, aspek autentik pada penutur juga dititikberatkan dalam pembinaan item atau instrumen UMBI SPM tahun 2022 bagi mewujudkan konteks sebenar komunikasi.

“Praujian juga telah diadakan dan melibatkan murid sekolah di pelbagai lokasi sama ada bandar dan luar bandar, bagi menentusahkan item atau instrumen adalah sesuai dan mencapai tahap kualiti ditetapkan,” katanya.

Menafikan rakaman berkenaan menggunakan suara pempengaruh TikTok, jurucakap berkenaan berkata, pelontar suara yang digunakan dalam membina item atau instrumen UMBI SPM 2022 terdiri dalam kalangan guru, pensyarah, murid sekolah atau penuntut universiti.

“Pelontar suara merupakan mereka yang berwibawa dalam berbahasa Inggeris, malah mereka juga telah diberikan latihan sebelum proses pembinaan item atau instrumen UMBI SPM 2022,” katanya. - Getaran, 20 Februari 2023

Sorotan

1

Permohonan Dana Kandungan Digital Industri Muzik 2023 Dibuka

2

Pelbagai Tokoh Sertai MARA Demi Pastikan Integriti, Tadbir Urus Dapat Ditambah Baik

3

Skim Rumah Pertamaku Wajar Diteruskan, Harap Kerajaan Bantu Rakyat

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

IJM Sedia Laksana Sistem Pembayaran Tol Secara Terbuka

oleh Aiman Sadiq

Semasa 2 minit yang lalu

Kerajaan Kaji Semula Semua Monopoli Untuk Sediakan Perkhidmatan Lebih Baik Kepada Rakyat - PM

Semasa 21 jam yang lalu

Peruntukan Belanjawan 11 Kementerian Diluluskan Pada Minggu Keenam Sidang Dewan Rakyat

Sukan 17 jam yang lalu

Populasi Kurang 150 Ekor Kini, KBS-FAM Ganding Bahu Perangi Kepupusan Harimau Malaya

oleh Sofian Baharom