web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Singapura Pelawa Malaysia Adakan Program Pertukaran Murid - Fadhlina

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2023 8:23PM

Fadhlina Sidek mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Singapura, Chan Chun Sing, hari ini. - Gambar dari Facebook Fadhlina Sidek

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Singapura mempelawa Malaysia untuk mengadakan program pertukaran murid di peringkat sekolah menengah bagi berkongsi amalan terbaik dalam mengendalikan isu dihadapi golongan tersebut di zaman digitalisasi.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, perkara tersebut disuarakan rakan sejawatnya dari Singapura, Chan Chun Sing ketika pertemuan dua hala hari ini.

Katanya, pertemuan tersebut diadakan bersempena Persidangan Majlis Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO) ke-52 di Manila bermula hari ini hingga Jumaat.

“KPM turut menyatakan komitmen Malaysia-Singapura dalam MESCA-MESRC ke-16, iaitu sukan tahunan anjuran dua kementerian ini yang akan diadakan Mei depan. 

“Aktiviti tahunan ini menunjukkan komitmen berterusan dan kerjasama padu antara dua negara berjiran ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Pertemuan ini diadakan sempena Persidangan Majlis Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO) ke-52 di Manila bermula hari ini hingga Jumaat.
Pertemuan ini diadakan sempena Persidangan Majlis Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO) ke-52 di Manila bermula hari ini hingga Jumaat.

Fadhlina berkata, pada akhir pertemuan, beliau yang mewakili negara menyatakan komitmen untuk melihat potensi kerjasama lebih mendalam dengan Singapura.

“Sesi ini diakhiri dengan komitmen Malaysia yang bersedia dengan potensi dan peluang untuk bekerjasama dengan Singapura bagi memperkukuhkan lagi jalinan silaturrahim dengan negara itu dalam bidang pendidikan di rantau Asia,” katanya. - Getaran, 8 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 23 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan