web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MA63: KPM Bersikap Terbuka, Sedia Tambah Baik Pendidikan Sarawak

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2023 1:02PM

Abang Johari Tun Openg (kanan) menerima kunjungan hormat Fadhlina Sidek di Wisma Bapa Malaysia hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil sikap terbuka dan bersedia menambah baik segala aspek pendidikan di Sarawak supaya selari dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata komitmen itu antara perkara yang disampaikan beliau dalam kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini.

“Isu pendidikan di Sarawak menjadi antara tumpuan KPM khususnya isu MA63 dan prinsip pendidikan adalah untuk semua.

“Akses kepada pendidikan akan kita utamakan termasuk (menyelesaikan isu) sekolah daif di Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas kunjungan hormat itu di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Fadhlina berkata usaha membaik pulih 568 sekolah daif di seluruh Sarawak menjadi antara perhatian utama kerajaan Persekutuan dalam Belanjawan 2023 pada 24 Februari ini.

Beliau berkata KPM telah mengenal pasti sebanyak 455 sekolah daif dalam skala enam dan 113 sekolah daif dalam skala tujuh.

Skala enam dan tujuh dalam penilaian infraskruktur sekolah itu merujuk kepada keadaan bangunan yang bahaya serta tidak selamat digunakan.

Sementara itu, Fadhlina berkata KPM juga bersetuju untuk menganjurkan Pertandingan Bahas Piala Premier Sarawak sebagai usaha memperkasakan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 10 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad