web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


UiTM Bentuk Pasukan Petugas Khas Teliti Penggabungan 3 Fakultinya

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2023 7:00AM

Sehingga satu ketetapan dibuat, pengoperasian dan pengendalian Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media berjalan seperti biasa. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Universiti Teknologi MARA (UiTM) membentuk pasukan petugas khas bagi meneliti semula penstrukturan tiga fakultinya yang sebelum ini dicadang digabungkan menerusi nama Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media.

Menerusi kenyataannya, UiTM memaklumkan, ia rentetan daripada perbincangan antara Naib Canselor UiTM, Profesor Dr Datuk Roziah Mohd Janor, pengurusan tertinggi, wakil Majlis Profesor UiTM dan Penolong Naib Canselor.

Katanya, perbincangan itu turut dihadiri dekan daripada Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media, selain wakil Alumni Masscomm UiTM yang diadakan kelmarin di Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin universiti berkenaan.

“Satu task force (pasukan petugas) khas dibentuk bagi melibatkan semua pemegang taruh UiTM, termasuk alumni, pelajar, ibu bapa, badan bukan kerajaan, industri, warga universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

“Proses engagement (keterlibatan) ini, dijangka mengambil masa tiga hingga enam bulan.

“Sehingga satu ketetapan dibuat, pengoperasian dan pengendalian Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media berjalan seperti biasa,” menurut kenyataan itu malam tadi.

Kenyataan sama memaklumkan, menerusi perbincangan itu, UiTM mempertimbangkan menukar nama kolej terbabit kepada Kolej Pengajian Media, Komunikasi, Pengkomputeran dan Informatik.

Jelasnya, ia turut mempertimbang melaksanakan penstrukturan semula dua buah fakulti sahaja, iaitu Fakulti Sains Komputer dan Matematik serta Fakulti Pengurusan Maklumat, manakala, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media dikekalkan seperti sebelumnya.

Semalam, Getaran melaporkan, pengurusan UiTM menerima pandangan Alumni Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) universiti itu untuk membatalkan penggabungan FKPM dengan dua fakulti lain, selain bersetuju mengekalkannya sebagai fakulti tunggal.

Presiden Alumni FKPM (Alumi Masscomm UiTM) Basree Rakijan berkata, perkara itu dimaklumkan Roziah pada pertemuan bersama wakil persatuan berkenaan dengan pihak UiTM berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, institusi itu memaklumkan proses pembatalan berkenaan memerlukan tempoh tiga hingga enam bulan.

“Dalam pertemuan itu, Alumni Masscomm meminta UiTM membatalkan serta-merta penggabungan itu berdasarkan keputusan KPT yang dimaklumkan menerusi surat bertarikh 1 November 2022 kepada universiti berkenaan.

“Tindakan pembatalan gabungan itu perlu disegerakan bagi memastikan ia tidak menjejaskan proses pembelajaran dan pengajaran di fakulti tersebut.

“Usaha segera ini juga bagi mengelakkan timbul pelbagai masalah serta kekeliruan berikutan penggabungan itu,” katanya.

Terdahulu, pada September lalu, Roziah memaklumkan, UiTM mengambil langkah menubuhkan kolej pengajian dengan menggabungkan beberapa fakulti sebagai usaha memastikan kursus ditawarkan terus relevan.

Langkah menggabungkan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) atau Masscomm di bawah Fakulti Komputer Sains (FKS) menerusi nama baharu, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media mulai Oktober lalu itu, mencetuskan rasa tidak puas hati dan kekecewaan alumni FKPM.

Justeru, satu petisyen dalam talian dilancarkan seorang alumni FKPM, Mazril Mazlan, bagi membantah tindakan menggabungkan kedua-dua fakulti berkenaan.

Menerusi komen di petisyen itu, majoriti mereka seolah-olah turut ‘terguris hati’ dengan pengumuman penggabungan dilakukan pengurusan universiti awam (UA) terbabit, malah meminta ia diteliti semula. – Getaran, 7 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Naib Canselor UiTM Nafi Pelajar Berbaju Hitam Sebagai Protes

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM Tak Langgar Undang-Undang, Kata LFL

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Dasar Pengambilan Pelajar UiTM Kekal

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Tiada Perbincangan Untuk Benarkan Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM - Zambry

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 19 jam yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad