web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dasar Pendidikan Sedia Ada Diteruskan, Isu Pengiktirafan Sijil UEC Akan Diteliti

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2022 5:14PM

Fadhlina Sidek memberitahu, ada beberapa penambahbaikan daripada aspek proses penyampaian dan perkhidmatan pendidikan yang perlu dilaksanakan - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) akan meneruskan dasar sedia ada, dan menyemak semula silibus pembelajaran di sekolah rendah khususnya membabitkan murid Tahap 1.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, KPM pada masa sama juga akan menambah baik proses penyampaian bagi menjamin kecekapan dan keberkesanannya.

“Ya (teruskan dasar-dasar sedia ada dan menyemak semula silibus pendidikan). Jadi sebenarnya, khususnya dari segi pelaksanan pengoperasian pendidikan kita akan teruskan. Apa yang kita putuskan memang berdasarkan falsafah pendidikan kebangsaan.

“Seperti kita persetujui, yang kita aturkan dalam perancangan kita membabitkan libat urus pihak berkepentingan. Jadi apa kita telah tetapkan sebelum ini adalah berdasarkan dasar yang dipersetujui bersama di peringkat kementerian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas di kementeriannya di Putrajaya, petang ini.

Fadhlina memberitahu, ada beberapa penambahbaikan daripada aspek proses penyampaian dan perkhidmatan pendidikan yang perlu dilaksanakan.

“Aspirasi KPM sudah cukup jelas, oleh itu, setiap perkara yang hendak diputuskan perlu diteliti dan dikaji secara berhemah dan budaya ini akan terus dibawa KPM,” katanya.

Diminta mengulas sama ada KPM akan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC) sebagaimana dinyatakan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Fadhlina bagaimanapun menjelaskan kerajaan perpaduan akan memberi tumpuan kepada isu cabaran ekonomi dan kos sara hidup.

Justeru katanya, perkara itu akan diteliti mengikut keperluan dan keutamaan semasa kerana kerajaan hari ini terdiri daripada gabungan pelbagai parti yang membentuk kerajaan perpaduan.

“Berkaitan manifesto (sijil UEC) kita akan lihat juga kerana ini adalah kerajaan perpaduan. Kita tidak lagi bercakap tentang manifesto kerajaan ataupun Pakatan Harapan (PH) semata-mata.

“Jadi manifesto juga kita akan lihat dari semasa ke semasa, mengikut keperluan dan juga keutamaan semasa,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai rungutan ramai guru berkaitan isu penempatan semula (redeployment), Fadhlina berkata, langkah berkenaan pada asalnya bertujuan untuk memastikan golongan tersebut tidak berkhidmat terlalu lama di sesebuah sekolah.

“Ada (guru) berkhidmat sampai 20 tahun di satu-satu sekolah. Jadi kita nak lihat ada perubahan di mana guru-guru ini boleh dipindahkan ke sekolah lain.

“Bagaimanapun kita juga menyedari rungutan dan pandangan daripada guru-guru tentang kesukaran mereka apabila berlaku penempatan semula,” katanya.

Malah katanya, beberapa perbincangan untuk penambahbaikan berkaitan isu itu sudah dilakukan di peringkat kementerian.

Terdahulu, pempengaruh dan guru, Mohd Fadli Salleh mendakwa, majoriti guru tidak berpuas hati mengenai isu penempatan semula warga pendidik yang sedang berlaku ketika ini.

Dakwanya, kebanyakan isu penempatan semula tidak telus dan menyusahkan.

Susulan itu, beliau memohon perkara itu diteliti KPM kerana ia akan menjejaskan emosi dan kualiti pengajaran guru di sekolah. - Getaran, 15 Disember 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 20 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad