web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lemah Berfikir Secara Kritis, Berbahasa Inggeris Punca Graduan Menganggur? 

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2022 9:09PM

Pakar pendidikan berkata terdapat beberapa silibus yang tidak memberi kesan terhadap tuntutan dalam industri dan senario itu perlu ditangani pada kadar segera. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Walaupun kadar pengangguran di Malaysia menurun daripada 4.5 peratus kepada 3.6 peratus September lalu, namun ia masih menimbulkan kebimbangan terutamanya di kalangan graduan, kata Pakar Pendidikan.

Pensyarah Universiti Utara Malaysia, Normahfuzah Ahmad memberitahu The Vibes, antara faktor pengangguran di kalangan pemegang Ijazah Sarjana Muda adalah disebabkan kelemahan mereka dalam berkomunikasi dan kemahiran lain.

“Antara faktor utama adalah disebabkan oleh kekangan bahasa dan kemampuan mereka untuk berbahasa Inggeris,” katanya.

Normahfuzah Ahmad
Normahfuzah Ahmad

Selain itu, beliau berkata, graduan juga lemah dalam menguasai kemahiran berfikir secara kritis.

Sesetengah syarikat menuntut graduan untuk mengambil ujian intelektual (IQ) dan pengetahuan am dan ia agak mencabar untuk mahasiswa yang tidak biasa berfikiran kritis.

Beliau juga memberitahu, terdapat beberapa silibus yang tidak memberi kesan terhadap tuntutan dalam industri dan senario itu perlu ditangani pada kadar segera. 

“Universiti perlukan lebih masa untuk mengubah silibus, jadi semua alasan tersebut boleh menjadi antara punca mengapa majikan tidak menggajikan graduan baharu.

“Perubahan silibus mengambil masa selama lima tahun, namun saya fikir sistemnya boleh dipinda dalam masa tiga tahun.

“Universiti juga harus diberi kuasa untuk membuat keputusan dalam mengubah silibus berdasarkan kehendak pasaran,” katanya.

Beliau menambah, Kementerian Pendidikan juga perlu memainkan peranan untuk menggesa pelajar mempelajari bahasa Inggeris di sekolah rendah dan menengah, serta mengajar kemahiran berfikir secara kritis supaya mereka boleh berfikir secara holistik, seiring dengan statusnya sebagai bahasa penghantar di universiti.

Sementara itu, Awan Ismail dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, universiti perlu menyediakan program pendedahan kerjaya yang komprehensif kepada mahasiswa.

Mahasiswa katanya, perlu didedahkan kepada pelan kerjaya sepanjang empat tahun pengajian supaya mereka boleh merancang dan melaksanakan apa yang diperlukan selepas bergelar graduan.

Awan Ismail
Awan Ismail

“Dedahkan mereka (kepada dunia kerjaya)… (pastikan mereka hadirinya) anjurkan program seperti pameran kerjaya dan minggu kerjaya.

“Sediakan portal kerjaya (menggunakan portal pelajar sedia ada) untuk mengiklankan peluang pekerjaan berdasarkan industri,” katanya.

Beliau menambah, majikan juga perlu menyediakan peluang pekerjaan yang cukup untuk graduan lepasan universiti.

“Program Kerjaya dan Internship Universiti menawarkan 865 peluang pekerjaan untuk latihan dan menggajikan 1,984 pekerja pada tahun 2021, tetapi pada tahun ini, hanya menyediakan 694 peluang latihan dan mengambil 1,757 graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda,” katanya.

Tambahnya, Kementerian Pelajaran Tinggi turut bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia (KSM) untuk berkongsi data daripada kajian pengesanan siswazah maklumat kekosongan jawatan di portal MyFutureJob PERKESO, yang dikendalikan KSM supaya pemadanan kerjaya dapat dilakukan secara langsung.

Seorang lagi pensyarah di Universiti Malaya (UM), Ellanttamil Maruthai berkata, graduan berhadapan kesukaran untuk mencari pekerjaan disebabkan terpaksa bersaing dengan pekerja asing.

Beliau juga berkata, kerajaan sepatutnya memastikan program universiti pengajian tinggi selari dengan kehendak industri.

Patricia, 23, graduan Bahasa Tamil dan Linguistik pula berkata, kebanyakan syarikat enggan mengambil graduan baharu dan ia tidak boleh diterima.

“Persoalan terbesar saya, apa yang akan dilakukan oleh graduan baharu jika tidak diterima untuk membuktikan kemampuan mereka?

“Tawaran peluang pekerjaan kepada graduan tidak akan menjatuhkan reputasi syarikat malah mereka mungkin memperoleh pekerja yang kreatif dan pintar.

“Berilah peluang kepada graduan baharu untuk membina masa depan yang lebih baik,” katanya.

Nur Syafazreen, 23, seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia berkata, buat masa ini, dia bekerja sebagai tutor separuh masa sementara mencari pekerjaan tetap.

“Majikan tidak mahu menggajikan graduan baharu kerana mereka kurang pengalaman kerja, yang mana ia akan menyebabkan masalah ketika melakukan kerja berkenaan,” katanya.

Tambahnya, graduan baharu yang mahukan gaji lebih tinggi antara faktor utama mengapa mereka berdepan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan lebih stabil.

 Nurul Izzah Jaafar
Nurul Izzah Jaafar

Seorang lagi pemegang Ijazah Pentadbiran Perniagaan, Nurul Izzah Jaafar, 24, berkata, dia mengusahakan perniagaan atas talian untuk menampung kos sara hidup dan membayar pinjaman pengajian.

“Universiti perlu membenarkan mahasiswa bekerja dengan mahasiswa luar negara demi membina rangkaian di peringkat antarabangsa dan mungkin ia membuka ruang untuk mereka bekerja dengan syarikat luar,” katanya. - The Vibes, 6 Disember 2022

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Terima Penghargaan Sultan Selangor, ‘LRT3 Shah Alam Bukan Projek Untuk Bermegah’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Amang Seksual Adik Perempuan, Pekerja Kedai ‘Hardware’ Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad