web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Graduan Perlu Bersedia Mendepani Cabaran Alam Pekerjaan - Tuanku Muhriz

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2022 10:06AM

Tuanku Muhriz Tuanku Munawir - Gambar Facebook Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertitah para graduan perlu bersedia daripada setiap sudut dalam mendepani alam pekerjaan yang semakin mencabar.

Baginda, yang juga merupakan Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertitah agar graduan untuk mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental kerana ramai pekerja baharu yang diberhentikan kerja, malahan banyak peluang pekerjaan yang ditawarkan juga tidak sepadan dengan kemahiran dan tahap pendidikan.

“Sebagai graduan baharu, , kamu bukan sahaja akan bersaing sesama sendiri tetapi juga kamu perlu bersaing dengan mereka yang telah berpengalaman, dalam mencari pekerjaan.

“UKM telah mengambil kira semua faktor dan perubahan terkini dalam merangka pelbagai inisiatif bagi membantu kamu untuk lebih bersedia ketika berhadapan dengan cabaran akan datang,” titahnya di Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke-50, semalam.

Dalam masa sama, baginda turut bertitah antara inisiatif yang perlu diberi penekanan oleh para graduan adalah kemahiran dalam bidang keusahawanan dan ilmu dalam bidang teknologi maklumat. 

“Kesemua graduan dan alumni UKM perlulah kembali mencurah bakti kepada universiti dan terus berjasa kepada masyarakat dan negara,” titah baginda.

Dalam pada itu, Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Dr. Mohd Ekhwan Toriman,  berkata seramai 7,961 graduan menerima ijazah masing-masing dalam majlis berkenaan yang bermula hari ini sehingga 1 Dis di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR).

“Majlis konvokesyen kali ini diadakan secara normal dengan kehadiran ibu bapa dan keluarga di dalam dewan . Sebelum ini, hanya bakal graduan sahaja dibenarkan untuk berada di dalam dewan tanpa ditemani oleh ibu, bapa atau ahli keluarga.” katanya

Beliau berkata majlis konvokesyen itu sangat bermakna kepada seluruh warga UKM kerana ia sudah banyak melahirkan alumni berkualiti sejak penubuhannya 52 tahun yang lalu.

“Setakat ini, UKM telah melahirkan seramai 222,197 orang alumni,” katanya 

Sementara itu, Mohd Ekhwan berkata majlis yang bertemakan ‘Alumni Emas, Aspirasi Watan’ itu turut meraikan empat penerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah iaitu Tan Sri Dr. C Palaniappan Ramanathan Chettiar, Sir Mark Moody-Stuart, Datuk Dr. Siti Zainon Ismail dan Prof. Dr. Edward Yi Cha. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad