web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


IPT Perlu Rangka Pelan Pengajian Selari Permintaan Pasaran - Tengku Permaisuri Selangor

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2022 1:10PM

Tengku Permaisuri Norashikin yang juga Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) bertitah pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-95 di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin bertitah agar institusi pengajian tinggi di negara ini perlu memastikan perangkaan pelan pengajian selari dengan permintaan pasaran terutama dalam bidang yang boleh membentuk masa depan.

Tengku Permaisuri Norashikin yang juga Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) bertitah inisiatif itu bagi melihat para graduan mendapat pekerjaan, sekali gus meningkatkan ekonomi keluarga.

“Solusi bagi isu pengangguran belia; kebolehpasaran siswazah; perlindungan pekerja; serta pembangunan bakat adalah dengan memanfaatkan teknologi tinggi dan pertumbuhan berasaskan digital.

“Ia dapat meningkatkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan taraf hidup sesebuah keluarga,” titah baginda pada hari pertama Istiadat Konvokesyen UiTM ke-95 di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam hari ini.

Tengku Permaisuri Norashikin bertitah penawaran program-program baharu amat penting dalam menambahkan jumlah bumiputera profesional di negara ini.

“Bagi membina masa depan anak-anak bumiputera, dari tahun 2020 hingga 2022, saya difahamkan UiTM telah merangka dan menawarkan 41 program baharu di peringkat sijil, diploma, sarjana muda dan pascasiswazah dalam bidang-bidang yang telah dikenal pasti memerlukan tenaga kerja mahir dalam usaha memacu Malaysia ke arah negara maju.

“Matlamat penubuhan universiti ini perlu dipenuhi agar keseimbangan guna tenaga dapat diwujudkan terutamanya untuk membantu anak-anak golongan B40 dan M40 dalam sektor pekerjaan,” titah baginda.

Menurut baginda, UiTM adalah universiti utama pilihan ibu bapa dan pelajar kerana kemampuannya untuk menyerlah potensi dan membentuk masa depan para penuntut. 

"UiTM juga menjadi tumpuan kerjasama daripada syarikat-syarikat besar seperti TalentCorp dan Talentbank dalam pelbagai aktiviti yang boleh membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan dari universiti ini," titahnya.

Terdahulu, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyampaikan Ijazah Doktor Falsafah kepada 116 graduan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Naib Canselor UiTM Nafi Pelajar Berbaju Hitam Sebagai Protes

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM Tak Langgar Undang-Undang, Kata LFL

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Dasar Pengambilan Pelajar UiTM Kekal

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Tiada Perbincangan Untuk Benarkan Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM - Zambry

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 8 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad