web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KPT Harap Inisiatif Bajet 2023 Mengenai PTPTN, SSPN Diteruskan

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2022 8:22PM

KPT berharap supaya inisiatif dalam Bajet 2023 dapat diteruskan termasuk pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang memperoleh ijazah sarjana muda kelas pertama. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berharap inisiatif mengenai usaha menjaga kebajikan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), seperti dibentangkan dalam Bajet 2023 dapat diteruskan berdasarkan perancangan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, ia susulan KPT komited meneruskan agenda kebajikan peminjam PTPTN dan pendeposit SSPN.

“(Harapan ini) antaranya pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang memperoleh ijazah sarjana muda kelas pertama, kenaikan kadar 100 peratus pinjaman PTPTN dan penyediaan pinjaman komputer untuk kumpulan M40.

“(Selain itu) pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM8,000 untuk simpanan bersih tahunan dalam SSPN dilanjutkan sehingga 2024,” katanya menerusi kenyataan.

Noraini berkata, pembentangan itu turut merangkumi insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 1 November ini hingga 30 April depan.

Katanya, ia mencakupi diskaun 20 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.

Beliau berkata, insentif berkenaan juga membabitkan diskaun 15 peratus bagi bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran, selain diskaun 15 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual.

“Bagi pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN, permohonan dibuka sejak 15 September lalu hingga 31 Disember ini kepada semua peminjam bergraduat, bermula tahun 2019 yang memperoleh ijazah sarjana muda kelas pertama tanpa mengira status ekonomi, bangsa dan agama.

“Kementerian (KPT) yakin, inisiatif ini dapat menjadi penyuntik semangat dan dorongan kepada semua pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh serta mendapat kelulusan terbaik dalam pengajian,” katanya. – Getaran, 23 Oktober 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad