web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mercedes-Benz Dan Montfort Boys Town Perkukuhkan Pendidikan Menerusi Program Perintis Global Moden

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2022 5:18PM

Salah seorang penerima anugerah Pelajar Terbaik pada acara itu, Nur Feazah Binti Fuaad - Gambar ihsan MSL Group

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaringan kerjasama di antara Mercedes-Benz dan Monfort Boys Town akan meningkatkan lagi golongan muda untuk menjadi tenaga kerja berkemahiran tinggi menerusi pengajian di dalam industri automotif.

Ini kerana dunia pendidikan automotif dilihat berpotensi besar untuk diperkembangkan lagi serta memajukan negara pada masa hadapan dengan melahirkan graduan tempatan yang mampu mengendalikan jentera canggih seperti kenderaan mewah ini.

Sehubungan itu, Mercedes-Benz telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Montfort Boys Town, Shah Alam untuk memperkukuhkan lagi kekuatan dunia pendidikan dan komitmen pengambilan pelajar dalam program Perintis Global Moden.

Mercedes-Benz telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Montfort Boys Town, Shah Alam untuk memperkukuhkan lagi kekuatan dunia pendidikan dan komitmen pengambilan pelajar dalam program Perintis Global Moden
Mercedes-Benz telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Montfort Boys Town, Shah Alam untuk memperkukuhkan lagi kekuatan dunia pendidikan dan komitmen pengambilan pelajar dalam program Perintis Global Moden

Telah berlangsung semalam dua tahun, program ini menjalankan pelbagai aktiviti, latihan dan praktikal bagi melahir seorang pekerja mahir keluaran daripada Mercedes.

Antaranya seperti latihan ‘Train the Trainer’ di mana Mercedes-Benz Malaysia akan menyediakan latihan kemahiran teknikal dan kepakaran terhadap model semasa Mercedes-Benz menerusi kemahiran pelatih Montfort Boys Town. 

Program di bawah Akademi Latihan Mercedes-Benz ditawarkan kepada pelajar lepasan sekolah menengah dan layak serta akan menerima biasiswa penuh. 

Malah, mereka akan menjadi pelatih di bawah Mercedes-Benz Malaysia dan mendapat elaun RM800 setiap bulan selama tiga tahun pengajian. Seterusnya jaminan pekerjaan akan diberikan bersama gaji minimum pada tahun pertama.

Selain itu, pelatih juga akan diajar pelbagai sukatan pelajaran dan garis panduan latihan yang mempunyai kelulusan Mercedes-Benz Global Training dan Mercedes-Benz Competence  di pendidikan tahap 3 yang telah disahkan Jabatan Pembangunan Kemahiran di Bawah Kementerian Sumber Manusia.

Dengan pelaburan lebih kurang RM100 ribu untuk setiap pelajar, program ini merupakan strategi penjenamaan dan merupakan profile baharu Mercedes-Benz dalam pembangunan terhadap teknologi  Pakar Kenderaan Elektrik yang akan mula diperkenalkan pada kemasukan 2022.

Ini termasuk modul latihan dan kelengkapan mobiliti untuk persedian terhadap permintaan teknologi ini di masa hadapan. Oleh itu, amat penting bagi pihak kementerian pendidikan melihat langkah yang diambil kedua-dua entiti ini untuk menerapkan dan mencipta program atau modul yang berkaitan dengan automotif. - Getaran, 3 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Model Mercedes AMG EQE 53 4Matic+ dan EQS 53 4Matic+, Penuh Bergaya Dan Elegan!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad