web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


QA Komited Wujud Pangkalan Data Mudahkan Akreditasi Negara Islam

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2022 10:22AM

Khairul Salleh (kiri) dan Mohammad Shatar (dua dari kanan) bersama-sama wakil YOK.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CYBERJAYA - Dalam usaha memudahkan urusan akreditasi dalam kalangan negara Islam, Association of Quality Assurance Agencies of the Islamic World (IQA) komited untuk mewujudkan pangkalan data umum.

Presiden IQA, Profesor Ir Dr Khairul Salleh Mohamed Sahari berkata, inisiatif berkenaan akan diusulkan kepada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi memudahkan pengiktirafan institusi dan program pengajian tinggi antara ahli IQA.

Katanya, selain beliau, perkara itu sudah dipersetujui tiga ahli lembaga pengarah IQA, iaitu Profesor Dr Olgun Cicek, Profesor Dr Muhsin Kar dan Dr Mustafa Efe.

“Kita akan menulis secara rasmi kepada OIC berkenaan perkara ini supaya inisiatif ini dapat segera dilaksanakan.

“Perkongsian senarai institusi dan program diiktiraf oleh badan jaminan kualiti dalam jaringan IQA akan memudahkan negara ahli untuk menyemak dan mengiktiraf institusi serta kelayakan terbabit di negara masing-masing,” katanya.

Khairul Salleh (kanan) dan Olgun Cicek menunjukkan peta Malaysia di ibu pejabat YOK di Antara.
Khairul Salleh (kanan) dan Olgun Cicek menunjukkan peta Malaysia di ibu pejabat YOK di Antara.

Beliau berkata demikian ketika rangka lawatan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran bagi menyelesaikan isu akreditasi program pengajian pelajar Malaysia di Turkiye, baru-baru ini.

Lawatan itu berjaya menyelesaikan isu terbabit selepas mengadakan pertemuan dengan badan akreditasi negara berkenaan, iaitu Majlis Pengajian Tinggi Turkiye (YOK).

Mengulas lanjut, Khairul Salleh yang juga Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Jaminan Kualiti) MQA berkata, pengwujudan pangkalan data dalam kalangan ahli IQA adalah satu langkah ke hadapan bagi membolehkan mobiliti pelajar di negara Islam berlangsung.

“Selain itu, usaha ini akan menambah baik proses semakan kesetaraan kelayakan kerana tidak lagi perlu melalui semakan yang biasanya memakan masa lama,” katanya. - Getaran, 31 Julai 2022

Sorotan

1

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

2

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

3

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

4

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

5

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

6

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar