Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Gred A SPM Pengukur Kejayaan, Bagaimana Nasib Calon Tidak Cemerlang?

Pendidikan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2022 9:23PM

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, Farihah Hussein (enam dari kanan) bersama sebahagian guru dan pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang diumumkan hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setiap kali keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan, apa difikiran segelintir orang, khususnya ibu bapa adalah berapakah bilangan gred A bakal diperoleh seseorang calon.

Malah bilangan gred di atas sekeping slip keputusan itu juga dianggap kayu pengukur sebenar untuk menentukan sama ada mereka bijak atau sebaliknya.

Jika calon memperoleh gred cemerlang, pastinya dianggap mempunyai masa depan cerah dalam kehidupan termasuk untuk menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT), tetapi apabila memperoleh keputusan kurang baik atau kata orang ‘cukup-cukup makan’, mereka sering dipandang sebelah mata atau lebih mengecewakan dianggap gagal.

Hal itu berlaku disebabkan sikap ibu bapa yang masih kekal dengan mentaliti dan persepsi lapuk bahawa bidang akademik memberi pulangan lumayan kepada individu.

Bagaimanapun, sedar atau tidak, mentaliti dan persepsi sedemikian merobek jiwa anak yang kurang bernasib baik dalam bidang akademik kerana tidak memperoleh keputusan membanggakan, sekali gus ‘meragut’ semangat mereka untuk mencapai impian.

Dr Mohamad Ali Hasan
Dr Mohamad Ali Hasan

Menurut Presiden Persatuan Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan, keputusan kurang memberangsangkan dalam bidang akademik, seperti SPM bukanlah pengakhiran masa depan yang cerah buat seseorang individu.

Beliau berkata, sebaliknya terdapat peluang lebih besar dan terbuka luas untuk mereka, terutama dalam bidang teknikal, vokasional dan keusahawanan yang sebenarnya adalah ‘lubuk kerjaya’ menguntungkan dan mampu menjana kekayaan.

“Ibu bapa dan pelajar yang mendapat keputusan kurang memberangsangkan sebenarnya tidak perlu pun untuk berputus asa apabila tidak dapat menyambung pelajaran dalam bidang akademik. Sebaliknya mereka boleh menceburi tiga bidang yang menawarkan masa depan lebih cerah, iaitu teknikal, vokasional dan keusahawanan.

“Tidak dinafikan, bidang ini dipandang enteng oleh sesetengah ibu bapa, namun pada masa kini, ia menjanjikan peluang pekerjaan lebih luas, malah kemahiran tersebut sangat diperlukan dalam industri,” katanya kepada Getaran hari ini.

Banyak institusi kemahiran seperti IKBN, GIATMARA serta Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang memberi peluang kepada pelajar untuk mendalami kemahiran dalam bidang teknikal. - Gambar hiasan
Banyak institusi kemahiran seperti IKBN, GIATMARA serta Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang memberi peluang kepada pelajar untuk mendalami kemahiran dalam bidang teknikal. - Gambar hiasan

Beliau berkata, ibu bapa pada masa kini juga harus berfikiran lebih terbuka terhadap pilihan anak jika meminati kemahiran, selain mendedahkan mereka kepada bidang itu yang mungkin lebih sesuai dengan sesetengah pelajar.

Katanya, ibu bapa perlu menyokong, memberi ruang serta menyediakan peluang luas kepada anak dalam memilih bidang tersebut yang semakin mendapat sambutan, namun kurang diberi pendedahan.

“Ibu bapa juga perlu mengubah mentaliti dan persepsi mereka terhadap bidang tersebut. Jangan memaksa anak mengikut kehendak sendiri kerana ia hanya akan merosakkan masa depannya.

“Kini pelajar cemerlang dalam bidang akademik juga sudah ramai beralih memilih bidang kemahiran sebagai hala tuju masa depan mereka, memandangkan pasaran di industri tersebut amat luas,” katanya.

Justeru, Mohamad Ali berkata, kementerian berkaitan dan institusi kemahiran seperti Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), GIATMARA serta Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) harus lebih agresif dalam mempromosikan peluang yang terhidang kepada pelajar tersebut supaya golongan berkenaan tidak ketinggalan.

“Kementerian dan pihak berkaitan khususnya membabitkan institusi kemahiran, seharusnya sudah mula masuk ke sekolah atau mengenalpasti pelajar yang cenderung dalam bidang tersebut untuk diperkenalkan dengan tawaran disediakan mereka.

“Ia sekali gus membuka mata pelajar dan ibu bapa mengenai industri kemahiran yang kini adalah lubuk peluang pekerjaan dan kekayaan untuk masa depan anak-anak,” katanya.

Sementara itu, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid turut menyuarakan pendapat yang sama dengan Mohamad Ali bahawa bidang kemahiran menjanjikan peluang luas dalam pekerjaan.

Menurutnya, pelajar yang tidak cemerlang dalam akademik bukanlah bermaksud mereka tidak cerdik, sebaliknya mungkin cenderung kepada bidang ‘hands-on’ atau kemahiran seperti teknikal dan vokasional.

“Kami di MBM cuba menukar mentaliti belia di bawah kami untuk melihat bahawa bidang kemahiran ini bukan lagi pilihan kedua dalam menentukan kerjaya, sebaliknya perlu menjadi pilihan utama.

“Perlu diingat bahawa negara maju seperti Jerman, Jepun dan Korea amat bergantung kepada pekerja bidang kemahiran dalam mempertingkatkan kemajuan ekonomi mereka sehingga berstatus negara maju,” katanya.

Beliau berkata, bidang tersebut turut menjanjikan pendapatan stabil setara dengan pelajar lulusan akademik, malah boleh mendapat pekerjaan sebaik melangkah keluar daripada institusi latihan kemahiran.

“Statistik menunjukkan pelajar IKBN mendapat kerja lebih awal daripada pelajar lulusan akademik, malah ada antara mereka sudah mendapat pekerjaan sedangkan masih belum tamat latihan,” katanya. – Getaran, 16 Jun 2022

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

Semasa 3 jam yang lalu

Cakna Kesihatan Pelajar Sebelum Lakukan Aktiviti Luar Kelas – Dzulkefly

Sukan 21 jam yang lalu

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

Sukan 1 hari yang lalu

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah