web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Trend Ponteng Sekolah Untuk Bercuti Kian Meningkat, Jejas Pendidikan Anak

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2022 9:33PM

Sempadan negara dibuka semula pada 1 April lalu selepas negara beralih ke fasa endemik. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pembukaan semula pintu sempadan negara dengan prosedur operasi standard (SOP) dilonggarkan sememangnya amat dinantikan bukan sahaja rakyat di negara ini, malah pelancong asing.

Bagaimanapun, terdapat segelintir ibu bapa dilihat mengambil kesempatan tersebut untuk membawa anak yang masih bersekolah melancong ke luar negara, walaupun mereka sepatutnya menghadiri sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) bersemuka.

Tindakan ibu bapa yang sengaja ‘mencutikan’ anak dikritik kerana bukan sekadar menganggu pendidikan mereka, malah jadual guru.

Dr Mohamad Ali Hassan
Dr Mohamad Ali Hassan

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berkata, tindakan itu akan memberi implikasi jangka pendek dan jangka panjang kepada pendidikan serta PdP anak.

Menurutnya, ibu bapa harus mengutamakan pembelajaran anak, berbanding melancong.

“Selepas dua tahun persekolahan anak terganggu akibat pandemik COVID-19, sesi PdP sudah kembali normal, namun tindakan ibu bapa ini boleh menyebabkan mereka ketinggalan dalam pelajaran.

“Ia juga bukan saja memberi kesan kepada anak, malah kepada pelajar dan guru yang sudah membuat penjadualan untuk sesi pembelajaran mereka,” katanya kepada Getaran.

Beliau berkata, jika senario tersebut berterusan, ia mungkin menyebabkan anak memperoleh keputusan kurang baik, tambahan langkah kerajaan memansuhkan beberapa peperiksaan utama, seperti Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).

“Selepas pengumuman pemansuhan ini, sekolah bakal mengutamakan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS), jadi jika pelajar ketinggalan dalam sesi pembelajaran, ia memberi kesan kepada keputusan mereka,” katanya.

Justeru, Mohamad Ali berkata, sekiranya percutian tersebut tidak boleh dielakkan, ibu bapa perlu berbincang terlebih dahulu dengan pihak sekolah supaya pembelajaran anak tidak terganggu.

“Bagaimanapun, PIBGN ingin menasihatkan supaya ibu bapa tidak perlulah tergopoh-gapah untuk mengambil kesempatan terhadap pembukaan semula sempadan kerana ia kini sentiasa terbuka.

“Sebaliknya utamakan persekolahan anak memandangkan pembelajaran mereka sudah pun terganggu sejak dua tahun kebelakangan, jadi inilah masanya untuk mereka memberi tumpuan semula,” katanya.

Wang Heng Suan
Wang Heng Suan

Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Wang Heng Suan berkata, pihaknya mendapati trend ibu bapa mencutikan anak daripada sesi persekolahan untuk melancong meningkat.

Menurutnya, ibu bapa turut memberikan pelbagai alasan untuk memohon kebenaran daripada pihak sekolah bagi ‘mencutikan’ anak untuk dibawa melancong.

“Gejala seperti ini, tidak baik untuk pembelajaran anak mereka sendiri, tentu sekali tahap prestasi akademik dan kokurikulum akan menurun secara relatifnya berbanding murid lain.

“Ia juga akan mengganggu PdP murid dan guru terpaksa melakukan pengajaran gantian kerana ketidakhadiran ramai murid,” katanya.

Menurut beliau, keadaan itu menimbulkan rugutan dan mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan pelajar.

''Secara tidak langsung, anak murid yang bercuti awal ini, seperti mendapat keistimewaan dan seolah-olah diajar untuk tidak perlu ikut peraturan sekolah. 

“Adalah diharapkan pihak sekolah dapat mengambil langkah disiplin lebih tegas memandangkan sesi cuti sekolah bukan hanya setahun sekali. 

“Ibu bapa juga perlu memahami disiplin diri dan pembelajaran anak adalah lebih penting untuk kerjaya serta masa depan mereka,” katanya. - Getaran, 5 Jun 2022

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kastam Tumpas 5 Sindiket Dadah Antarabangsa, Rampas Narkotik RM300.72 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Peranan Penasihat NFCC Cetus Persoalan, Hamzah Tuntut Penjelasan Pelantikan Azam Baki

oleh Sophia Ahmad