web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Murid Sekolah Rendah Dibenar Ke Sekolah Tanpa Penggiliran Mulai 17 April

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2022 9:02PM

Murid sekolah rendah dibenar hadir ke sekolah tanpa penggiliran mulai 17 April bagi negeri Kumpulan A dan 18 April negeri Kumpulan B. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan bahawa semua murid dibenarkan hadir ke sekolah rendah secara bersemuka tanpa penggiliran bermula 17 April ini bagi negeri kumpulan A dan 18 April bagi negeri kumpulan B.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata keputusan itu dibuat selepas melihat proses sesi persekolahan secara bersemuka dengan penggiliran bagi sekolah rendah sejak 21 Mac lepas dan sesi persekolahan secara bersemuka tanpa penggiliran bagi sekolah menengah sejak Isnin lepas. 

"Jadi anak-anak di sekolah rendah yang sebelum ini hadir secara bergilir, bermula 17 April di negeri kumpulan A dan 18 April bagi negeri kumpulan B, boleh datang sekolah tanpa penggiliran," katanya menerusi rakaman video dalam sesi Tanya DRJ di laman Facebook beliau hari ini.

Berdasarkan takwim KPM, negeri kumpulan A ialah Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala negeri lain diletak dalam kumpulan B.

Sebelum ini, KPM menetapkan murid Tahun 3, 4 dan 5 hadir ke sekolah secara penggiliran terutama di sekolah yang melebihi 600 orang manakala bagi yang jumlah pelajar di bawah 600 orang, semua murid sekolah rendah harian dan sekolah swasta perlu hadir tanpa penggiliran.

Radzi turut menasihati semua murid dan guru supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ketika berada di sekolah walaupun negara sedang bergerak ke arah Fasa Peralihan ke Endemik.

Beliau juga memohon jasa baik ibu bapa supaya sentiasa mengingatkan anak mereka bahawa kepatuhan kepada SOP itu satu keutamaan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad