web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Air Mata Iringi Ibu Terima Ijazah Ganti Arwah Anak

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2022 8:09PM

Juliana ketika menerima ijazah sempena Majlis Konvokesyen UMS Ke-22. - Gambar ihsan UMS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Seluruh Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini, semalam, bungkam seketika apabila seorang wanita tampil menerima ijazah menggantikan anaknya yang meninggal dunia, April tahun lalu.

Juliana Baru, 57, tidak dapat menahan sebak saat menerima skrol daripada Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin, menggantikan Allahyarham Nusratina Jalaludin, 24, yang berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Kewangan Antarabangsa, Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) pada tahun 2020.

Nusratina ketika melanjutkan pengajian di UMS Kampus Antarabangsa Labuan.
Nusratina ketika melanjutkan pengajian di UMS Kampus Antarabangsa Labuan.

Biarpun masih bersedih dengan pemergian anak kelimanya itu, Juliana berkata, dia tetap merasa bangga apabila Nusratina berjaya menamatkan pengajian.

“Masih segar dalam ingatan saya, Allahyarham sangat teruja untuk menghadiri hari konvokesyen dan menyuarakan hasrat untuk kami hadir sama bagi meraikan detik bersejarah itu.

“Namun, ajal Allahyarham tiba lebih awal dan kami sekeluarga tetap hadir demi memenuhi ‘hasratnya’,” katanya.

Mengimbau kembali pemergian Nusratina, Juliana memberitahu, anaknya tiba-tiba mengadu sakit kepala sebelum pengsan dan meninggal dunia.

Ibu kepada lapan anak itu menyifatkan Nusratina sebagai seorang anak yang baik, ceria, peramah, taat kepada ibu bapa dan pelajar cemerlang sejak di bangku sekolah rendah.

Juliana hadir bersama keluarga di UMS bagi memenuhi ‘permintaan’ Nusratina.
Juliana hadir bersama keluarga di UMS bagi memenuhi ‘permintaan’ Nusratina.

“Allahyarham sentiasa mendengar nasihat dan tidak pernah melukakan hati kami, justeru, pemergian Nusratina memberi kesan mendalam buat kami sekeluarga,” katanya.

Beliau turut melahirkan ucapan terima kasih kepada UMS kerana menjemput mereka sekeluarga ke Majlis Konvokesyen UMS Ke-22 bagi pihak Nusratina. - Getaran, 28 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 18 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek