web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sesi Persekolahan Bermula, SOP Dilaksana Secara Maksimum

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2022 10:57AM

Pelajar di Sekolah Kebangsaan Syed Idrus, Chemor, memulakan sesi pengajian hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sesi persekolahan 2022/2023 yang bermula hari ini semestinya dinanti-nantikan bukan sahaja oleh ibu bapa, malah anak-anak juga teruja untuk memulakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara fizikal selain dapat bertemu rakan-rakan sekolah. 

Tinjauan Bernama mendapati kebanyakan sekolah menetapkan prosedur operasi standard (SOP) ketat kepada ibu bapa dan murid antaranya penjarakan fizikal dan penggunaan cecair sanitasi untuk membersihkan tangan sebelum memasuki kelas bagi mengekang penularan COVID-19. 

Di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Utama Damansara 4 di sini, ibu bapa hanya dibenarkan menghantar anak-anak hingga ke pintu pagar seperti SOP yang ditetapkan pihak sekolah.

Hany Zainal, 35, ketika ditemui selepas menghantar anaknya, Shakur Zeyn Shahrir, 7, berkata beliau berpuas hati dengan SOP yang dilaksanakan di sekolah berkenaan bagi memastikan keselamatan murid.

Murid-murid sekolah memulakan sesi pengajian pada hari pertama pembukaan sekolah bagi penggal pertama 2022/2023 hari ini. - Gambar Bernama
Murid-murid sekolah memulakan sesi pengajian pada hari pertama pembukaan sekolah bagi penggal pertama 2022/2023 hari ini. - Gambar Bernama

Di MELAKA, Exco Pendidikan dan Teknologi negeri Datuk Rais Yasin memaklumkan 149,378 murid sekolah rendah dan menengah melibatkan 315 sekolah memulakan sesi persekolahan hari ini.

Beliau berkata daripada jumlah itu seramai 84,619 orang adalah murid sekolah rendah manakala 64,759 lagi merupakan pelajar sekolah menengah.

"Pada hari ini, 238 sekolah rendah dan 77 sekolah menengah di Melaka memulakan sesi persekolahan dan sekolah yang mempunyai lebih 600 murid akan melaksanakan sistem penggiliran kehadiran murid ke sekolah.

"Sistem penggiliran ini akan melibatkan murid Tahun Tiga, Empat dan Lima bagi memastikan SOP dilaksanakan secara berkesan," katanya kepada pemberita di luar pekarangan SK Paya Rumput.

Di JOHOR BAHRU, tinjauan Bernama di SK (P) Sultan Ibrahim mendapati murid hadir seawal 6.30 pagi dan mereka diberikan pelitup muka percuma serta disambut maskot Mickey Mouse sekali gus menggamit suasana ceria pada hari pertama persekolahan di sekolah itu.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Mohd Hyffny Isa berkata tiada ibu bapa yang memaklumkan kerisauan mereka, malah semua guru di sekolah itu sudah mengambil vaksin dan dos penggalak COVID-19.

Di SELANGOR, seorang ibu turut berkongsi kegembiraan anaknya, Wan Alesha Medina Wan Fathi Amir, murid Tahun Satu SK Bukit Kemuning 2, Shah Alam untuk memulakan sesi persekolahan. 

“Dia memang seorang sangat peramah dan suka berkawan, saya tidak risau dan percaya Medina (Wan Alesha Medina) boleh membiasakan dirinya,” kata Nurul Aida Shahrol, 37. 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 5 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad