web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


4,828 Guru Baharu PPP DG41 Lapor Diri 4 April

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2022 6:05PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penempatan bagi 4,828 calon yang sudah terpilih dalam pengambilan khas secara ‘one-off’ sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 akan diumumkan pada 18 Mac ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin berkata, semakan penempatan itu boleh dibuat melalui portal e-Graduan di pautan https://egraduan.moe.gov.my.

“Tarikh lapor diri pegawai adalah pada 4 April 2022.

“Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa komited untuk melaksanakan yang terbaik,” katanya menerusi ciapan dan muat naik kenyataan di Twitter hari ini.

Beliau turut menasihat dan mengharapkan guru baharu itu nanti agar melaksanakan tanggungjawab untuk mendidik anak bangsa sebaik mungkin demi masa depan generasi terbabit, selain menggalakkan sektor pendidikan negara.

“Tahniah. Selamat maju jaya dan selamat bertugas kepada semua guru baharu yang akan memulakan tugas.

“Laksanakanlah amanah sebagai guru dengan bekerja seikhlas hati demi kecemerlangan anak-anak generasi pewaris negara,” katanya.

Seramai 8,120 guru baharu bagi pengambilan khas secara ‘one-off’ yang lulus temu duga fasa dua dan tiga sudah melapor diri di sekolah masing-masing pada 1 Mac 2022.

Pengambilan itu adalah antara usaha KPM menangani isu kekurangan guru sejak sekian lama.

Mohd Radzi berkata, KPM juga akan terus bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku pihak berkuasa yang melantik guru baharu.

Kerjasama itu, katanya, bagi mempercepatkan pelantikan dan penempatan baki pengambilan guru ‘one-off’ dalam masa terdekat. – Getaran, 11 Mac 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad