web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


UPSI Perkukuh Pendidikan Keinsanan Mahasiswa, Kakitangan Demi Kecemerlangan Berterusan 

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2022 4:11PM

UPSI akan merombak kurikulum dalam pengajarannya bagi melahirkan mahasiswa dan graduan yang memiliki nilai kemanusiaan, keprihatinan serta kekeluargaan tinggi. - Gambar dari Facebook UPSI

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANJUNG MALIM - Bagi mengukuhkan hala tuju dan kecemerlangannya, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menekankan kepentingan aspek pendidikan keinsanan dalam kalangan mahasiswa serta kakitangan.     

Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, walaupun universiti awam (UA) itu berhasrat menjadi institusi pendidikan tinggi tunggal yang meneraju inisiatif pemerkasaan pendigitalan pendidikan negara, aspek keutuhan modal keinsanan dan pendidikan keinsanan tetap diberikan perhatian. 

Katanya, UPSI akan merombak kurikulum dalam pengajarannya, iaitu menekankan kepada lima teras, mencakupi keinsanan dan kenegaraan, teknologi digital, kreativiti dan inovasi, keusahawanan serta pengantarabangsaan.

“Kita (UPSI) ingin melahirkan mahasiswa dan graduan yang memiliki nilai kemanusiaan, keprihatinan serta kekeluargaan tinggi dalam melonjakkan imej diri, sekali gus membawa nama baik universiti,” katanya. 

Dr Md Amin Md Taff
Dr Md Amin Md Taff

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Naib Canselor 2022 bertemakan ‘Peneraju Kebitaraan Pendidikan’ di Panggung Percubaan, UPSI Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City di sini, baru-baru ini.

Menurut Md Amin, kejayaan UPSI melahirkan mahasiswa dan graduan yang meraih pelbagai kejayaan di peringkat nasional dan antarabangsa dalam bidang kesukarelawanan adalah hasil amalan pendidikan keinsanan diterapkannya.

Jelasnya, dengan memiliki pelajar dan kakitangan yang mempunyai nilai modal insan, maka imej UPSI di mata masyarakat dalam dan luar negara akan memberi kelebihan untuk mencapai sasarannya sebagai antara 100 universiti terbaik dunia menjelang tahun 2030.

“Keutuhan modal insan perlu dimiliki mahasiswa supaya bakat, sahsiah, potensi diri, berbudaya inovasi dan kreativiti serta semangat keusahawanan akan dijiwai sebaik mungkin, sebelum mereka bergraduat, sekali gus diterapkan dalam kehidupan,” katanya.

“Pejuang bahasa Melayu, Pendeta Za’ba dan ramai tokoh yang dilahirkan sejarah UPSI dan pengorbanan keluarga kita sendiri perlu menjadi sumber inspirasi dalam mengutuhkan modal insan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, UPSI akan terus memacu usaha dan inisiatif ke arah melahirkan modal insan seimbang serta harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, sejajar Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi memenuhi matlamat negara.

Ujarnya, pengurusan universiti itu akan mewajibkan semua mahasiswa baharunya mengikuti program Bina Insan, selain diterapkan Pendidikan Adab dan Keinsanan bagi menyerlah jati diri, prihatin, bakat dan nilai kerohanian sebagai teras dalam akademik serta kehidupan,” katanya.  

Selain itu, Md Amin turut memperkenalkan program ‘Rabu Untuk Qalbu’ setiap bulan dalam kalangan kakitangan sejak awal Januari lalu, bagi mengukuhkan hubungan silaturrahim antara mereka. 

“Malah, UPSI turut mengadakan Program Sekolah Bitara, Ziarah Kasih Alumni dan membuka pintu universiti ini seluasnya kepada masyarakat.

“Usaha ini adalah untuk menyerlahkan aspek jati diri, keprihatinan mahasiswa dan kakitangan universiti terhadap alumni serta masyarakat, seterusnya mencerminkan elemen Keutuhan Modal Insan,” katanya. Getaran, 19 Februari 2022
 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 20 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 20 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran