Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Jangan Gunakan Sekolah Menengah Sebagai Pusat Membuang Undi 

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2022 2:05PM

SPR digesa tidak menetapkan sekolah menengah sebagai pusat pembuangan undi pada PRN Johor bagi mengelakkan persediaan dan pelaksanaan SPM tidak terganggu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penggunaan sekolah menengah sebagai pusat membuang undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, dibimbangi mengganggu persediaan dan pelaksanaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diadakan pada masa sama.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Mohd Alif Anas Md Noor berkata, pihaknya meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mengadakan proses pembuangan undi di premis itu, seperti yang turut ditegaskan Kementerian Pendidikan (KPM).

“GPMS menyokong penuh permintaan KPM kepada SPR agar sekolah menengah di seluruh Johor tidak digunakan sebagai pusat pengundian bagi PRN nanti, memandangkan langkah itu sekiranya dilakukan dikhuatiri menyebabkan gangguan kepada perjalanan SPM,” katanya hari ini.

Mohd Alif Anas
Mohd Alif Anas

Mohd Alif Anas berkata, gangguan itu berkemungkinan membabitkan perubahan susun atur meja dan kecelaruan sistem indeks yang pastinya memberi kesan sangat besar.

Katanya, kesan tersebut boleh berlaku memandangkan hampir keseluruhan bilik di sekolah menengah digunakan bagi tujuan peperiksaan utama, pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) dan persediaan kepada keadaan luar jangka ketika bilangan kes pandemik COVID-19 kembali meningkat.

Beliau berkata, kohort SPM 2021 adalah kumpulan yang berdepan impak COVID-19 paling besar setakat ini, kerana calon terpaksa menjalani sebahagian besar kedua-dua tahun persekolahan menengah atas melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.

“Justeru, GPMS menyeru agar bebanan mereka (calon) tidak harus ditambah dengan perkara yang boleh dielakkan.

“GPMS percaya SPR boleh mengenal pasti premis lain yang sesuai digunakan sebagai tempat membuang undi, seperti sekolah rendah, dewan serbaguna, balai raya dan tempat alternatif bersesuaian di negeri itu bagi mengelakkan penggunaan sekolah menengah,” katanya.

Menurut Mohd Alif Anas, sebagai persatuan mewakili kepentingan golongan pelajar di negara ini, GPMS berharap supaya perkara berkenaan dapat diselesaikan dengan baik dan pada kadar segera.

“Kita berharap pada akhirnya tiada sebarang kesan langsung mahupun tidak langsung, dirasai calon SPM di Johor pada tahun ini,” katanya.

Semalam, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata, KPM tetap dengan keputusan supaya sekolah menengah di Johor tidak digunakan sebagai pusat mengundi ketika PRN kerana tidak mahu segala persediaan peperiksaan SPM yang sudah disusun atur, terganggu.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya tiada masalah jika sekolah rendah digunakan bagi tujuan pilihan raya berkenaan.

Malah, Radzi memaklumkan kementerian itu akan menghantar surat rasmi kepada SPR berhubung pendirian terbabit bagi memastikan peperiksaan berkenaan yang bermula 2 hingga 29 Mac ini, berjalan lancar.

Dr Mohamad Ali Hassan
Dr Mohamad Ali Hassan

Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan ketika bercakap kepada Getaran berkata, sememangnya wajar sekolah menengah tidak digunakan sebagai tempat membuang undi ketika PRN kerana berisiko menyebabkan penularan virus COVID-19.

Langkah itu juga, katanya, membolehkan calon SPM menduduki peperiksaan berkenaan dalam keadaan lebih selamat, selesa dan terjamin.

“Pendirian Menteri Kanan Pendidikan ini baik supaya satunya, kita dapat menghalang COVID-19 daripada merebak di sekolah, sekali gus mengelakkan tercetus kluster pendidikan.

“Kedua ia mampu memastikan persiapan untuk peperiksaan dapat dilakukan dengan rapi,” katanya.

Mohamad Ali berkata, pelajar juga boleh memberikan fokus dan tidak terganggu untuk menduduki peperiksaan apabila sekolah menengah tidak digunakan untuk tujuan itu.

“Bayangkan jika berlaku jangkitan yang memerlukan masa untuk sanitasi dilakukan, pastinya mengganggu fokus pelajar.

“Jangan gunakan sekolah menengah sebagai pusat mengundi, sebaliknya banyak dewan atau premis sesuai digunakan untuk proses pemilihan itu,” katanya. – Getaran, 14 Februari 2022

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penjual Martabak ‘Berinti’ Kain Buruk Sudah Dikenakan Tindakan - KKM

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

Kekalahan Kepada Oman Bukan Pengakhiran - Pan Gon

Semasa 9 jam yang lalu

TPM, Jemaah Menteri Ucap Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran

Semasa 1 hari yang lalu

Suspek Lempar KK Mart Bidor Dengan Bom Dikesan Menerusi CCTV