web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sekolah Tahfiz Johor Dicadang Laksana Pendidikan TVET - MB

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2022 5:24PM

Hasni (tengah) menyampaikan replika cek Bantuan Pengurusan Tahfiz sebanyak RM1 juta kepada Md Rofiki (dua dari kanan) pada Majlis Pelancaran Johor Tahfiz Quality Assurance (JTQA).

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Semua sekolah tahfiz di negeri ini dicadangkan supaya menyerapkan subjek Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), bertujuan melengkapkan pelajar institusi itu dengan ilmu serta kemahiran tambahan.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, ilmu tambahan itu diharapkan dapat membantu mereka mencari pekerjaan selepas menamatkan pengajian.

"Saya secara peribadi mengharapkan supaya semua institusi pendidikan Islam dapat melahirkan pelajar yang bukan sahaja alim dalam bidang agama, malah mahir dalam bidang lain untuk memberi sumbangan fardhu kifayah kepada masyarakat.

"Program TVET ini adalah antara usaha kerajaan negeri untuk membantu pelajar sekolah agama, tahfiz dan pondok di negeri ini," katanya ketika Majlis Pelancaran Johor Tahfiz Quality Assurance (JTQA) di sini, semalam.

Turut hadir, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Salehuddin Hassan; Mufti Negeri Johor, Datuk Yahya Ahmad dan Pengarah JAINJ, Datuk Md Rofiki A Shamsuddin.

Mengulas lanjut, Hasni berkata, kerajaan negeri sentiasa komited dalam merencana pelan pendidikan bersepadu untuk pelajar, sama ada dalam bidang akademik atau keagamaan, khususnya ke atas pelajar sekolah tahfiz.

"Pelbagai langkah sudah dibuat untuk memastikan pelajar mendapat pendidikan sempurna, terkini dan sentiasa ke hadapan sesuai dengan agama Islam itu sendiri yang bersifat anjal dan sejagat.

"Saya bangga kerana antara usaha itu adalah mahu memastikan semua sekolah tahfiz ini mendaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) supaya perkembangan sekolah ini dapat diurus dengan baik, seterusnya membolehkan pelbagai bantuan dapat disalurkan demi kepentingan semua pihak.

"Proses ini akan dapat dipermudahkan lagi dengan adanya garis panduan yang dibukukan dan diterbitkan oleh JAINJ menerusi JTQA ini," katanya.

Pada majlis itu, Hasni turut menyampaikan bantuan pengurusan tahfiz sebanyak RM1 juta. – Getaran, 7 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Kolum 22 jam yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

2

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

3

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

4

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Pendidikan 17 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi