web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Semua IPT Tempatan Digalak Laksana SULUNG

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2022 7:55AM

7 universiti telah menyertai program SULUNG, yang dilaksanakan bagi membantu mahasiswa daripada golongan B40. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan digalak menjayakan Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG) bagi membantu mahasiswa daripada golongan B40. 

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, selain tujuh universiti rintis program berkenaan, IPT lain disaran turut serta melaksanakan program tersebut.

Beliau berkata, matlamat program itu sangat baik dan lebih ramai siswa dalam kalangan B40 akan menerima manfaat sekiranya menerima penyertaan berskala besar.

Katanya, ketika ini Malaysia mempunyai 20 universiti awam (UA), 36 politeknik, 104 kolej komuniti dan lebih 400 IPT swasta.

"Sekiranya lebih banyak IPT menjayakan program ini, lebih besar impaknya kepada pendidikan tinggi tempatan.

“Program cetusan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad ini sangat signifikan kepada pembangunan pendidikan dan ekonomi di negara ini kerana mampu mengubah landskap kehidupan siswa B40 serta keluarga mereka," katanya.

Dr Mohammad Shatar Sabran
Dr Mohammad Shatar Sabran

Mohammad Shatar berkata, imej pendidikan tinggi negara akan melonjak serta menjadi rujukan di peringkat global pada masa akan datang sekiranya SULUNG mampu direalisasikan dengan cemerlang.

Buat permulaan, program di bawah strategi ketujuh dalam Amanat Tahun 2022 Menteri, iaitu Menyemarak Semangat #KPTPrihatin itu akan dilaksanakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Putra Malaysia (UPM). 

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Mahasiswa B40 yang terpilih mengikuti program itu bukan hanya dibantu memasuki  universiti dan belajar di peringkat pengajian tinggi, malah diberi biasiswa, kemudahan serta motivasi sehingga membantu mereka mendapatkan pekerjaan selepas graduasi. 

Mengulas lanjut, Mohammad Shatar berkata, antara objektif lain program itu adalah membangunkan potensi anak atau ahli keluarga yang pertama menjejakkan kaki ke menara gading.

“Program ini memberi peluang kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“SULUNG akan menjadi pemangkin kepada peningkatan pendapatan keluarga melalui kebolehpasaran kerja dan keusahawanan, seterusnya meningkatkan taraf hidup B40 dengan membantu golongan ini keluar daripada status kehidupan itu,” katanya. - Getaran, 2 Februari 2022

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

3

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

4

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

5

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

6

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Dalam Bagasi: Mangsa Mati Akibat Tetakan Di Kepala

oleh Amirah Abu Bakar