web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kesatuan Guru Kecam Cadangan Kurang Waktu Mengajar, Mansuh PAI

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2022 7:13PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu subjek Pendidikan Agama Islam (PAI) yang dianggap membebankan dan sudah tidak relevan untuk diajar di sekolah rendah seperti tular di media sosial kelmarin, terus menjadi bualan ramai.

Terbaharu, Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) menolak cadangan mengurang atau memansuhkan subjek terbabit di institusi pendidikan berkenaan.

Presidennya, Mohd Azizee Hasan, berkata sekiranya tindakan itu dilakukan, ia boleh menimbulkan persepsi negatif dan prejudis masyarakat terhadap PAI.

Katanya, Kementerian Pendidikan (KPM) sepatutnya terus memperkasakan kurikulum Pendidikan Islam sedia ada di sekolah rendah dengan menekankan aspek amali dan teori, berbanding hanya memfokuskan hafazan serta ingatan.

“Kami melihat penekanan kepada Pendidikan Islam perlu diberi keutamaan kerana generasi hari ini terdedah dengan pelbagai risiko masalah disiplin dan kelunturan akhlak.

“Ancaman keruntuhan moral dan pemikiran liberalisasi boleh menghambat akidah serta keimanan generasi pelajar,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Malah Mohd Azizee berkata, waktu pengajaran subjek tersebut yang memperuntukkan tiga jam seminggu, tidak mencukupi untuk membina keperibadian dan jati diri murid Islam serta pengukuhan nilai dalam memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

“Oleh itu, aspek pembentukan watak perlu diberi tumpuan di samping pembangunan bakat murid,” katanya.

Susulan itu, beliau mencadangkan agar satu jawatankuasa semakan semula kurikulum Pendidikan Islam diwujudkan untuk membina kualiti murid.

“Ini akan mendorong mereka menguasai ilmu dalam bidang lain, terutama ketika berdepan cabaran IR 4.0 dan era VUCA dengan olahan lebih dinamik dan berdaya saing, selain memperoleh kemahiran diperlukan untuk pasaran masa depan tanpa mengabaikan aspek keagamaan,” katanya.

Tegas beliau, penekanan subjek tersebut sudah termaktub dalam Ordinan Pelajaran 1952 yang menggariskan hak murid Islam untuk mendapat pendidikan agama.

“Malah, ia diperkukuhkan semula dalam Ordinan Pelajaran 1957 yang mewajibkan sekolah mempunyai bilangan murid Islam seramai 15 orang, wajib mengadakan kelas subjek itu,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan, berkata anggapan bahawa subjek tersebut tidak lagi diperlukan selepas persekolahan rendah dan menengah serta hanya penting dipelajari di sekolah agama adalah tidak tepat.

Katanya, subjek tersebut hendaklah diajar secara berterusan dan tidak harus dipandang enteng sepenuhnya oleh mana-mana pihak.

“Sebenarnya kita masih longgar dan kurang memahami penghayatan Islam sepenuhnya. Kita juga selalu menekankan ‘ritual’ beragama tanpa amalan dan penghayatan sejati.

“Memandangkan sekolah kebangsaan merupakan sekolah rasmi negara, adalah wajar dan wajib subjek itu dididik penghayatan rohnya dari peringkat awal hinggalah ke institusi pengajian tinggi,” katanya.

Terdahulu kecoh di media sosial apabila seorang bapa meluahkan rasa tidak puas hati terhadap waktu pengajaran dan pembelajaran (PdP) PAI yang dianggap terlalu lama, berbanding mata pelajaran lain di sekolah rendah.

Menurut individu tersebut, subjek itu diajar lebih lima jam seminggu menyamai Bahasa Inggeris.

Katanya, situasi itu berbeza dengan Matematik dan Sains yang masing-masing hanya diajar selama dua jam 30 minit serta satu jam 30 minit.

Lebih menyedihkan, kenyataan itu disokong segelintir ibu bapa yang merasakan subjek tersebut sudah tidak lagi relevan diajar di sekolah rendah.

Isu itu bagaimanapun membangkitkan kemarahan orang ramai yang majoritinya tidak bersetuju dengan pendapat berkenaan. - Getaran, 13 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 4 tahun yang lalu

Subjek Pendidikan Islam Membebankan, Tidak Relevan Diajar Di Sekolah Kebangsaan?

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 8 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 5 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan