web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kembalikan Kuasa Rotan Kepada Guru, Wujud Akta Lindungi Pendidik

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2021 12:21PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Guru memainkan peranan sebagai ‘ibu bapa kedua’ pelajar untuk mendidik dan membentuk generasi muda itu supaya berjaya dalam akademik, kokurikulum serta memiliki sahsiah diri terbaik apabila melangkah keluar sekolah.

Namun, hari demi hari, hak dan peranan guru seolah-olah semakin dihadkan atau dinafikan, dek kekangan peraturan yang tidak membenarkan golongan pendidik mengambil tindakan tertentu ke atas pelajar.

Jika dahulu, hukuman berbentuk fizikal, seperti rotan dan sebat adalah antara tindakan biasa dikenakan guru untuk membentuk disiplin pelajar, kini pendekatan itu tidak lagi dibenarkan.

Pada waktu itu, anak murid tidak berani mengadu kepada ibu bapa atau penjaga sekiranya dirotan atau disebat, tetapi senario ketika ini jauh berbeza.

Cubalah marah secara berlebihan, nescaya guru pasti dipersalahkan atau mungkin ‘diserang’.

Situasi tersebut menyaksikan generasi  baharu pelajar bukan sahaja dianggap manja dan tidak tahu menghormati guru, tetapi juga tidak berdisiplin serta berani melakukan kesalahan yang menyumbang kepada pelbagai jenayah di sekolah, termasuk buli.

Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Mohd Azizee Hasan berkata, sudah sampai masanya hukuman tegas dikenakan kepada pelajar yang melakukan kesalahan buli dengan mengembalikan kuasa menghukum mereka kepada pengetua, guru besar dan guru, terutama guru disiplin.

“Tetapi kuasa diberikan kepada guru ini perlu disusuli dengan jaminan perlindungan, memandangkan mereka terdedah kepada tindakan undang-undang ibu bapa dan penjaga.

“Ini penting kerana pelajar mendapat perlindungan di bawah akta perlindungan kanak-kanak, iaitu mana-mana guru tidak boleh menyentuh fizikal murid,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Mohd Azizee Hasan
Mohd Azizee Hasan

Mohd Azizee berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) perlu mengkaji semula peruntukan undang-undang sedia ada, sekiranya ingin mengembalikan kuasa merotan kepada guru yang sememangnya mampu membantu meningkatkan disiplin pelajar dan membendung buli.

“Saya cadangkan KPM mewujudkan akta yang melindungi profesion perguruan, khususnya berkaitan tindakan undang-undang kerana tidak ada guna mengembalikan kuasa guru tanpa ada jaminan perlindungan undang-undang,” katanya.

Menurut Mohd Azizee, usaha menangani isu buli di sekolah perlu dilihat secara holistik, malah menjadi tanggungjawab semua pihak, iaitu KPM sebagai pembuat dasar, pengurusan sekolah, guru, warden, ibu bapa dan pelajar.

Katanya, pihak terbabit harus mengenal pasti mengapa dan di mana silapnya yang menyebabkan masih wujud kes buli di sekolah, khususnya berorientasikan asrama sedangkan KPM sudah ada garis panduan bagi menangani jenayah itu.

Beliau berkata, Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin sebelum ini ada mengatakan bahawa KPM sudah mempunyai Garis Panduan Mencegah dan Menangani Perbuatan Buli Dalam Kalangan Murid di Sekolah dan Buku Panduan Pengurusan Menangani Buli Di Sekolah serta Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 8/2010 yang menyentuh tentang hukuman terhadap pelaku buli di sekolah atau di asrama.

“Pencegahan buli juga mampu ditangani menerusi pendidikan dan kesedaran yang memberi penekanan kepada adab serta nilai sebagai pelajar sejak mereka di peringkat sekolah rendah.

“Pendekatan itu dapat membantu pelajar memiliki jati diri dan tahu membezakan antara perlakuan yang baik dan buruk serta mampu mengawal emosi,” katanya.

Beliau menarik perhatian, perjawatan warden khas dalam kalangan bukan guru perlu diwujudkan bagi sekolah berasrama, untuk mengelakkan guru terus terbeban dengan pelbagai tugas harian sekolah.

Namun, katanya, sekiranya pengambil warden masih dipilih dalam kalangan guru, elaun dan insentif mereka perlu disemak semula, manakala nisbah seorang guru warden dengan murid perlu dikecilkan daripada nisbah sedia ada.

“Kesimpulannya, hukuman tanpa pendidikan adab tidak akan membawa apa-apa kesan kepada murid. Ibubapa menjadi guru pertama pelajar, guru menjadi ibubapa kedua untuk mereka.

“Sekolah wajar menjadi tempat yang selamat dan sejahtera bukan sahaja membabitkan buli fizikal, tetapi juga buli mental  dan buli siber,” katanya.

Mengulas isu sama kepada Getaran, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Wang Heng Suan, berkata pihaknya bersetuju sekiranya ‘kuasa’ merotan pelajar dikembalikan kepada guru.

Wang Heng Suan
Wang Heng Suan

Langkah itu, katanya, membolehkan guru menghukum pelajar yang melakukan kesalahan, termasuk buli sebagai pengajaran, asalkan tidak mencederakan atau memudaratkan.

“Pendekatan itu juga mampu memastikan pelajar menjauhi jenayah buli dan memiliki sikap serta adab yang baik,” katanya.

Heng Suan berkata, NUTP turut meminta supaya jawatan warden sepenuh masa diwujudkan segera.

“Kewujudan jawatan itu membolehkan pemantauan dan kawalan ke atas pelajar dilakukan sepanjang masa, sekali gus mengelakkan ruang untuk mereka membuli rakan asrama.

“Jawatan warden sepenuh masa perlu diwujudkan segera sebagai langkah untuk membendung buli,” katanya. - Getaran, 16 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Guru Langgar Disiplin Perlu Dikecualikan Kenaikan Pangkat Secara 'Time Based' – PM

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Titip Pesanan Kepada Anggota JKDM, JIM Supaya Sentiasa Jaga Disiplin, Integriti

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 18 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad