web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


UM Harus Perjelas Punca Kenaikan Kos BMAT Naik Sehingga 80 Peratus

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2021 12:02PM

KMUM membantah kenaikan caj yuran tinggi sehingga 80 peratus yang dikenakan kepada pelajar yang mahu menduduki BMAT 2022/2023. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) membantah kenaikan caj yuran tinggi sehingga 80 peratus dikenakan pengurusan universiti awam (UA) itu kepada pelajar yang ingin menduduki Biomedical Admission Test (BMAT) 2022/2023.

Jurucakap kesatuan berkata, yuran itu tidak sepatutnya dinaikkan kerana ia akan mengurangkan peluang pelajar, terutama B40 untuk meneruskan minat mereka melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan.

Katanya, sejak dahulu pelajar perubatan Universiti Malaya (UM) diwajibkan menduduki peperiksaan kemasukan tambahan, iaitu BMAT, namun KMUM mempertikaikan tujuan sebenar pembayaran itu.

“KMUM ingin menegaskan bahawa BMAT ini adalah kaedah untuk memilih calon sesuai untuk program Ijazah Perubatan dan Ijazah Pembedahan (MBBS) yang sengit persaingannya dan bukan kaedah untuk fakulti mengaut keuntungan.

“Walaupun keuntungan terbabit mungkin akan dilaburkan semula untuk penambahbaikan kemudahan di fakulti, yuran itu tidak sepatutnya dikenakan dengan tinggi kerana ini akan mengurangkan peluang pelajar B40 untuk meneruskan minat mereka dalam bidang perubatan,” katanya.

Tegas jurucakap itu, pihaknya membantah kos semasa BMAT ini di atas tiga sebab, iaitu kenaikan yuran tinggi, kos minimum untuk penganjur dan bayaran dikenakan adalah tidak munasabah selepas perbandingan dilakukan calon peperiksaan sama di United Kingdom (UK) yang perlu membayar lebih rendah.

Jelasnya, pada tahun 2016/2017, yuran dikenakan adalah pada kadar bayaran RM100, sebelum meningkat kepada RM250 (2021/2022) dan semakin tinggi untuk tahun 2022/2023, iaitu RM450 yang menyaksikan kenaikan sebanyak 80 peratus.

"Walaupun bayaran pelepasan tertentu diberikan kepada kumpulan B40, iaitu pengurangan RM100 untuk tahun 2021/2022 dan memerlukan mereka membayar RM150, pada 2022/2023, caj golongan terbabit hanya dikurangkan RM225 daripada RM450 yang menyaksikan mereka perlu menampung kos itu sebanyak RM225," katanya.

Kos tersebut jelasnya, menjadi penghalang besar bagi mereka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah perubatan, tambahan pelepasan terbabit tidak diberikan secara automatik, sebaliknya tertakluk kepada budi bicara fakulti.

Pada masa sama, katanya, kos minimum untuk penganjur juga tidak wajar dicaj kepada pelajar memandangkan pada sesi ini, BMAT akan dijalankan secara dalam talian yang sepatutnya dapat mengurangkan kos penyewaan tempat dan kos elektrik penghawa dingin.

“Bayaran dikenakan untuk BMAT di UM adalah tidak munasabah selepas perbandingan dilakukan calon BMAT di UK apabila pelajar di sana perlu membayar sekitar £49-£85 dan gaji minimum di UK adalah sebanyak £1600.

“Bagi perbandingan, calon kita perlu membayar RM450 untuk BMAT walaupun gaji minimum Malaysia adalah RM1200,” katanya.

Mengulas lanjut, jurucakap KMUM itu menjelaskan, pihaknya turut mengambil maklum berhubung ketiadaan pengurangan bagi yuran pengajian untuk pelajar antarabangsa dan Saluran Terbuka Universiti Malaya (SATU).

Ujarnya, pihak pengurusan universiti sekurang-kurangnya harus tampil ke depan untuk menjelaskan mengapa tiada pengurangan yuran bagi golongan pelajar terbabit pada semester ini.

Pihak KMUM, katanya, mengambil maklum bahawa peratusan subsidi yuran pengajian seperti pelajar yang memohon kemasukan secara UPU tidak dapat diberikan kepada golongan pelajar antarabangsa serta SATU kerana mereka tidak menerima subsidi daripada pihak kerajaan.

“Namun, mereka sepatutnya diberikan pengurangan yuran sama diterima pelajar UPU seperti yang dilakukan pada tiga semester lepas.

“Pengurangan yuran ini wajar dikekalkan bagi pelajar antarabangsa serta SATU,” katanya.

Susulan situasi itu, KMUM menegaskan pihak pengurusan universiti harus memberikan penjelasan mengenai rasional di sebalik tindakan berkenaan memandangkan perkara terbabit bertentangan dengan idea untuk mengutamakan mahasiswa serta mahasiswi UM.

“Sekiranya alasan di sebalik mengapa tindakan tersebut diambil adalah wajar, pelajar UM pasti akan bersikap rasional.

“Tetapi, pihak universiti tidak pernah memberikan penjelasan mengenai perkara dan tindakan dilakukan,” katanya. - Getaran, 28 November 2021

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad