web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengagihan Peranti Digital Pelajar Sekolah Selesai

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2021 2:56PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Walaupun lewat daripada sasaran awal disebabkan kekangan penyerahan akibat pandemik COVID-19, kesemua 150,000 peranti digital di bawah inisiatif Tabung CERDIK selamat diterima pelajar sasaran akhir Oktober lalu.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin berkata, pengagihan itu membabitkan pelajar di 1,284 sekolah di seluruh negara.

“Alhamdulillah, selesai. Semua 150,000 peranti digital di bawah inisiatif tabung CERDIK sudah diagihkan kepada murid yang layak pada 29 Oktober lepas.

“Terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama menjayakan pengagihan peranti di seluruh negara,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Penerima ke-150,000 peranti itu adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pinji, Ipoh, Muhammad Harith Irfan Mohd Daniel Timothy.

Radzi berkata, setiap penerima peranti digital itu diharap memanfaatkan sepenuhnya kemudahan berkenaan yang diberikan secara percuma.

“Manfaatkanlah kemudahan ini dengan sebaiknya untuk pembelajaran masing-masing,” katanya.

Inisiatif pemberian peranti digital itu diumumkan kerajaan pada Belanjawan 2021 dan dilaksanakan Yayasan Hasanah, iaitu sebuah Yayasan di bawah Khazanah Nasional menerusi Tabung CERDIK.

Usaha itu bertujuan memudahkan dan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) yang perlu dijalani pelajar bersama guru, susulan penutupan operasi sekolah secara bersemuka buat sementara waktu akibat COVID-19.

Proses pengagihan peranti digital terbabit sebelum ini, mencetuskan isu hangat apabila masih ramai pelajar tidak menerima peralatan tersebut walaupun pengagihannya disasar akan diselesaikan selewat-lewatnya Mei lalu.

Situasi itu menyebabkan beberapa pihak, termasuk ibu bapa mempersoalkan ke mana hilangnya peranti berkenaan dan adakah ‘janji tinggal janji’.

Situasi tersebut turut menarik perhatian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mahu mengetahui perkembangan terbaharu usaha terbabit.

Kementerian Pendidikan (KPM) kemudian memaklumkan, perkembangan proses pengagihan komputer itu sedang dilaksanakan secara berperingkat. - Getaran, 10 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Rogol Pelajar Tingkatan 3: ‘4 Pelajar Senior Itu Sudah Dibuang’ - KP

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Politik 59 minit yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar