web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


17,000 Pelajar Sabah Kembali Ke Sekolah

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2021 8:41PM

17,000 pelajar di Sabah memulakan sesi persekolahan secara bersemuka hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Pembukaan semula sesi persekolahan bermula hari ini hanya melibatkan tiga peratus atau 17,000 murid dan pelajar di negeri ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Datuk Dr. Mistirine Radin berkata, pembukaan sesi persekolahan secara bersemuka tersebut turut melibatkan 3,000 orang guru.

Menurut beliau, sesi pengajaran secara bersemuka itu membabitkan pelajar semester 2 tingkatan 6, semester 3 pra universiti Sekolah Sukan Malaysia dan penuntut sekolah antarabangsa yang akan menduduki peperiksaan.

Katanya, sesi persekolahan hari ini turut dihadiri oleh murid dan pelajar berkeperluan khas.

"Rekod Jabatan Pendidikan negeri menunjukkan kira-kira 4,000 murid berkeperluan khas di sekolah rendah dan hampir 4,000 pelajar berkeperluan khas di sekolah menengah dibenarkan hadir tanpa penggiliran.

"Sebanyak 145 sekolah, iaitu 90 sekolah rendah dan 55 sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) serta sebuah sekolah rendah swasta dibuka untuk murid dan pelajar berkeperluan khas di Sabah," katanya.

Mistirine memberitahu, 103 buah sekolah menengah di bawah KPM, tujuh sekolah menengah swasta, sebuah Sekolah Sukan Malaysia dan tiga sekolah antarabangsa dibuka hari ini.

Katanya, kira-kira 8,000 pelajar Semester 2 Tingkatan 6 dibenarkan hadir ke sekolah menengah di bawah KPM, manakala semua sekolah swasta itu dihadiri 201 pelajar tingkatan 6 Atas atau Senior 3.

Bagi Sekolah Sukan Malaysia Sabah, Mistirine berkata hanya 24 pelajar Semester 3 pra universiti dibenarkan hadir manakala 63 pelajar lagi di empat sekolah antarabangsa.

"Kira-kira 2,500 pelajar Semester 2 Tingkatan 6 yang tinggal di asrama juga telah kembali ke asrama sekolah masing-masing, mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan, termasuk menjalani ujian saringan kendiri COVID-19," tambahnya. - Getaran, 4 Oktober 2021

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

oleh Amirah Abu Bakar