web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PTPTN: Lebih 23,000 Pelajar Ke IPT Ditawar Pendahuluan RM1,500

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2021 4:02PM

Tawaran itu adalah kepada pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di universiti awam bagi kemasukan sesi Oktober 2021. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JITRA - Seramai 23,487 pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di universiti awam bagi kemasukan sesi Oktober 2021 boleh menarik nafas lega, apabila ditawarkan wang pendahuluan pinjaman (WPP) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak RM1,500 seorang.

Pengerusi PTPTN Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata tawaran yang membabitkan peruntukan RM35 juta itu, disediakan bagi membantu pelajar menampung sebahagian perbelanjaan persiapan memasuki institusi pengajian tinggi (IPT).

“Ia juga bagi memastikan tiada pelajar yang gagal memasuki IPT disebabkan masalah kewangan. Wang pendahuluan ini diberikan kepada pelajar warganegara Malaysia yang bersetuju menerima WPP semasa mengisi permohonan di UPU Online atau melalui portal kemasukan IPTA.

“Syarat lain ialah ibu bapa atau penjaga pelajar merupakan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan memenuhi kriteria ditetapkan PTPTN,” katanya selepas menyampaikan surat tawaran WPP kepada beberapa pelajar, di sini hari ini.

Katanya, pelajar yang mendapat tawaran tersebut boleh menunaikannya di mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Bhd di seluruh negara bermula semalam (24 September), dan menghubungi PTPTN bagi sebarang pertanyaan.

Sementara itu, Wan Saiful berkata sejak WPP diperkenalkan pada 1999 sehingga Julai tahun ini, seramai 942,025 pelajar telah memanfaatkannya dengan peruntukan berjumlah RM1.39 bilion.

“Tahniah dan syabas kepada pelajar yang berjaya melangkah ke menara gading, WPP PTPTN yang diterima ini harus digunakan sebaik mungkin. Tunjukkan rasa syukur dan terima kasih dengan belajar bersungguh-sungguh sehingga menjadi modal insan unggul kepada negara,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar