Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


UMK Terima Kemasukan Pelajar Ke Kampus Mulai 15 Oktober

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 16 Sep 2021 1:10PM

Seramai 6,078 pelajar sesi akademik 2021/2022 akan mendaftar masuk ke 3 kampus UMK bermula 15 Oktober ini. - Gambar dari Facebook Universiti Malaysia Kelantan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BACHOK - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sedang giat melakukan persiapan untuk menerima kemasukan seramai 6,078 pelajar sesi akademik 2021/2022 ke tiga kampus universiti itu bermula 15 Oktober depan.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang menjalankan fungsi Naib Canselor UMK Prof Dr Nik Maheran Nik Muhammad berkata proses kemasukan pelajar ke kampus UMK di Bachok, Pengkalan Chepa dan Jeli itu akan dilaksanakan secara berperingkat.

“Bilangan pelajar yang akan dibenarkan hadir masih tertakluk kepada kapasiti asrama yang telah ditetapkan oleh pihak Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) untuk kesemua kampus.

“Untuk kaedah pembelajaran dan pengajaran, UMK bersetuju supaya pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi sesi akademik 2021/2022 dilaksanakan secara hibrid selaras dengan Pekeliling Akademik Bilangan 5/2021-Pemakluman Mengenai PdP Bagi Sesi Akademik 2021/2022," katanya dalam kenyataan hari ini.

 Beliau berkata enam kategori pelajar berkeperluan dibenarkan ke kampus adalah pelajar praktikal daripada program pengajian peringkat sijil, diploma, ijazah sarjana muda dan pascasiswazah yang memerlukan praktikal, makmal, klinikal, studio, bengkel serta peralatan khas.

"Turut dibenarkan, pelajar yang tidak mempunyai akses dan persekitaran tidak kondusif bagi melaksanakan PdP dalam talian, pelajar asasi atau setara dan diploma yang telah sedia ada di kampus, semua pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu, pelajar berkeperluan khas (OKU) dan pelajar yang menduduki peperiksaan Malaysia University English Test (MUET), antarabangsa dan badan profesional. 

"Sehubungan itu, pelajar UMK yang berhasrat untuk masuk ke kampus perlu memenuhi syarat seperti telah lengkap dua dos vaksin COVID-19 dan kebenaran masuk akan ditentukan oleh pihak fakulti. Selain itu, kadar pengiraan kapasiti asrama juga mengambil kira prosedur operasi standard (SOP) penjarakan dan kuarantin," katanya. 

Nik Maheran berkata pendaftaran pelajar baharu bagi sesi akademik 2021/2022 akan dilaksanakan secara dalam talian pada 2 Oktober depan manakala kelas bagi pelajar baharu dan kanan akan bermula pada 10 Oktober.

Katanya, UMK juga mempunyai pelan pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran dalam talian (PdPDT) fasa ke-4 yang dirancang iaitu pembelajaran dalam talian sepenuhnya menggunakan platform rasmi Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) eCampus untuk semua kursus yang tidak memerlukan bersemuka kecuali PdP yang melibatkan makmal, bengkel dan studio. 

"Pembelajaran Teradun Gantian masih boleh dilaksanakan dengan maksimum 80 peratus dalam talian dan 20 peratus secara bersemuka selain kehadiran secara fizikal ke UMK adalah tertakluk kepada pekeliling dan arahan daripada Kementerian Pengajian Tinggi, Majlis Keselamatan Negara serta universiti,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menguasai Bahasa Kebangsaan Dengan Baik Bukan Syarat Perbaharui Pasport - JIM

oleh Wartawan Getaran

Pendidikan 10 jam yang lalu

KPT Salur Bantuan Pendidikan, Pengecualian Yuran IPT Anak Mangsa Nahas Helikopter

Semasa 22 jam yang lalu

8 Jenazah Nahas Helikopter Disembahyangkan, Diberi Penghormatan Terakhir Ikut Istiadat

Semasa 1 jam yang lalu

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya