web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Maki Mae Sokong Kempen ‘Anti-Asian Hate’

Menyedari isu perkauman kian serius, Maki Mae terpanggil menghasilkan album ‘Seasonal Songbook’.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2021 3:20PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Maki Mae terkenal sebagai bintang pertandingan America’s Got Talent yang punya bakat luar biasa dan berkarisma. Persembahannya bukan sahaja menyentuh hati bahkan sentiasa melekat di ingatan sesiapa yang menonton. 

Tidak lekang dengan senyuman manis serta gaya muziknya yang mempesonakan bakal membuatkan anda hanyut dalam alunan biola dan menari tanpa sedar.

Diberi jolokan ratu biola, albumnya berjudul Seasonal Songbook terpilih bagi anugerah Album Vokal Pop Tradisional Terbaik dan Duo Kumpulan Pop Terbaik dalam acara Anugerah Grammy pada Mac lalu. 

Meskipun kemenangan tidak berpihak kepadanya, ia merupakan satu pengiktirafan besar buat pemain biola ini kerana menjadi wanita Asia pertama yang dicalonkan dalam dua kategori tersebut. 

Lebih mengagumkan, album Seasonal Songbook bukan sekadar karya muzik tetapi dihasilkan bagi memperjuangkan Kempen ‘Anti-Asian Hate’ dan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap keganasan anti-Asia. 

Kebelakangan ini, ramai warga Asia menjadi sasaran beberapa serangan provokasi bahkan kes kejahatan bermotif rasisme dan sentimen xenofobia kini kian meruncing di Amerika Syarikat.

Susulan peningkatan angka jangkitan setelah kes pertama COVID-19 dilaporkan di Wuhan, orang Asia terutamanya dari China mula dibenci.

Sikap mantan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang sering mengulangi kenyataan ‘COVID-19 adalah virus China’ telah mengalakkan sikap rasis dan melahirkan persepsi negatif terhadap penduduk berketurunan Amerika-Asia.

Justeru itu, Maki Mae bersama rakan kolaborasinya Robby Krieger, pemain gitar kumpulan The Doors merasa terpanggil untuk menghasilkan karya yang menjadi suara bagi membincangkan isu perkauman yang semakin tenat.

Album amal ini diterbitkan oleh Yayasan Robert Chinn di bawah inisiatif Digital Equity dan syarikat Asian Hall of Fame. Seasonal Songbook kini menjadi sebahagian daripada Jelajah Muzik Maya Asian Hall of Fame di mana konsert siaran langsung seterusnya bakal diadakan pada 18 September di Los Angeles.

Di samping itu, Maki Mae telah dianugerahkan Women of The Year 2019 oleh California State Senate kerana sikap filantropinya yang sering menyumbang hasil kutipan konsert kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) seperti UNICEF dan Sukan Olimpik Khas bagi menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan.

Selain itu, Maki Mae juga turut mengadakan konsert amal secara maya untuk menderma kepada Tabung Bantuan Perubatan COVID-19.

Konsert maya yang menampilkan barisan pemuzik terkenal seperti pemain piano Ed Roth dan Toshi Yanagi (gitar) telah meraih 716 juta tontonan dan menjadi sebutan media di Amerika Syarikat, Kanada dan rantau Asia. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Maki Mae, anda boleh melayari laman web rasmi atau laman sosialnya di Instagram. - Getaran, 19 Ogos 2021

Semua gambar: Asian Hall of Fame

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 9 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN