web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penyampai Suria FM Tubuhkan Tabung Bantuan Untuk Pendengar

Inisiatif Tabung Pendengar Suria adalah idea asal penyampai Suria dan kemudian dikembangkan menjadi salah satu pengisian dalam segmen Team Pagi Suria kendalian Ajak, Fizi dan Soraya Borhan. 

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2021 4:42PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kempen Suria Bersama Anda yang sebelum ini diadakan bagi membantu rakyat Malaysia berikutan COVID-19 berlangsung dengan jayanya. 

Keberkesanan kempen tersebut telah menambahkan lagi keyakinan stesen radio Suria FM untuk melancarkan slot Tabung Pendengar Suria menerusi segmen Team Pagi Suria bermula hari ini. 

Pengurus Besar stesen radio itu, Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin berkata, inisiatif Tabung Pendengar Suria ini adalah idea asal penyampai Suria dan kemudian dikembangkan menjadi salah satu pengisian segmen Team Pagi Suria.

“Dalam situasi mencabar ini, Suria FM banyak menerima panggilan luahan perasaan dan perkongsian kisah hidup pendengar setia kami. Ada yang menghubungi kami menyatakan tiada makanan pada hari panggilan dibuat, tidak dapat membeli keperluan harian dan sebagainya.

Jadi, kami fikirkan apa yang boleh dilakukan bagi membantu mereka secepat mungkin pada hari itu juga”, kata DJ Lin.

Pendengar yang ingin memohon bantuan menerusi tabung ini boleh mendaftar butiran peribadi mereka seperti nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat emel berserta kenapa memerlukan bantuan Tabung Pendengar Suria di WhatsApp Suria 017-8961053. 

Penyampai Team Pagi Suria akan memilih seorang pendengar setiap hari untuk menerima bantuan wang tunai RM100 yang akan dikreditkan ke akaun pendengar pada hari sama.

Bermula hari ini juga, segmen Team Pagi Suria yang dikendalikan Ajak dan Fizi Ali menampilkan Suraya Borhan sebagai rakan penyampai yang akan melengkapi trio itu dan dan menghiburkan pagi pendengar setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 6 hingga 10 pagi.

Suraya Borhan juga akan mengendalikan segmen Carta Suria Top 40 bersama Fizi Ali setiap Sabtu dan siaran ulangan pada Ahad dari jam 10 pagi hingga 2 petang serta segmen Hello Suria pada setiap Sabtu, jam 2 hingga 6 petang.

Sempena sambutan kemerdekaan Malaysia pada tahun ini, mereka yang berbakat melukis masih berpeluang menyertai peraduan Perarakan Merdeka Suria X KL Sketch Nation.

Hantarkan lukisan atau ilustrasi unik karakter pilihan anda mengikut templat dan tema patriotik harian yang disediakan di laman web Suria sebelum 20 Ogos ini bagi merebut peluang memenangi sebahagian daripada wang tunai berjumlah RM4,000 dan hadiah eksklusif daripada Suria FM.

Terdapat Sembilan jenis tema yang telah dimuat naik di laman web ini sebagai rujukan pendengar yang berminat iaitu Olimpik, Patriotik, Adiwira, Flora, Hantu, Selera, Kebudayaan, Fauna dan Teknologi.

Nikmati kemeriahan bersama ahli keluarga serta kawan-kawan dengan menyaksikan ilustrasi anda dan pemenang karakter unik lain menjadi salah satu kontinjen yang berarak di dalam Perarakan Merdeka Suria x KLSketchNation pada 31 Ogos ini di semua platform digital Suria dan KL Sketch Nation. - Getaran, 16 Ogos 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Keamanan Sejati Hanya Boleh Dicapai Dengan Keberanian - PM

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Tiada Lagi Segmen Suria Cinta, DJ Lin Beri Tumpuan Pada Bidang Pengurusan

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Suria FM Duduki Tangga Ke-30 Dalam Carta Penstriman Digital Triton 

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Fizz Fairuz, Chiwan Cilok Dan Kai Hassan Barisan Penyampai Baharu Suria FM

Sorotan

1

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

2

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

3

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

4

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

5

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

6

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

Disyorkan untuk anda

Muzik 4 jam yang lalu

Tipe-X, Last Child Dan Ruffedge Bakal Gegar Latihan Pestapora Malaysia 2026

oleh Rahayu MN