web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kmy, Luca, Yonniboii Dan Tabby Seru Rakyat Malaysia Cintakan Negara

Menyedari betapa pentingnya meyemai semangat cinta negara di kalangan rakyat Malaysia, Kmy Kmo, Luca Sickta, Yonnyboii dan Tabby dari Dolla telah menghasilkan karya patriotik ‘Malaysia Di Hatiku.’

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2021 3:16PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dengan keadaan suasana politik yang tidak menentu serta hampir dua tahun bergelut dengan pandemik COVID-19, ramai yang sudah tidak punya semangat untuk meneruskan kehidupan yang semakin tertekan akibat hilang pekerja dan punca pendapatan. 

Namun, pada saat negara bakal menyambut Hari Kemerdekaan ke-64 tanggal 31 Ogos ini, apakah kita akan mengetepikan atau meminggirkan semangat patriostisme kita terhadap tanah air yang tercinta? 

Menyedari betapa pentingnya untuk meyemai semangat cinta negara di kalangan rakyat Malaysia, Kmy Kmo, Luca Sickta, Yonnyboii dan salah seorang anggota Dolla iaitu Tabby, telah bersatu untuk menghadiahkan sebuah karya patriotik segar kepada kita semua menerusi lagu 'Malaysia Di Hati Ku.'

Diterbitkan Universal Music Malaysia, 'Malaysia Di Hati Ku' adalah karya lagu ciptaan bersama Nick Ariff, Glow Rush, Mike Chan, Pique, Acap Salim selain Kmy dan Luca sendiri. Ia mula diluncurkan pada hari ini.

Kmy Kmo optimis karya baharu ini akan menjadi pilihan terkini masyarakat pelbagai lapisan umur dalam menyemarakkan rasa cintakan negara.

“Memang rata-rata kita semua sedang bergelut saat ini. Namun, kehidupan tetap harus dilalui walau bagaimana cara atau solusi pun.  

“Semoga kehadiran lagu yang catchy seperti ini akan terus meniup motivasi dan semangat buat kita semua.

“Paling utama kita takkan menggadai negara ini untuk apa tujuan pun. Diharapkan lagu ini dapat terus menjadi semboyan semangat dan nadi perpaduan buat rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.”

“Saya juga mahu lagu ini menjadi 'anthem' baru buat kita. Saya bangga dapat bergandingan dengan Luca, Yonnyboii dan Tabby kerana ia seperti sebuah kolaborasi adik-beradik,” kata Kmy.

Cukup patriotik dan mendalam sekali kata-kata Kmy. Apa yang diluahkan itu, sama seperti sebuah bait yang terdapat di dalam lirik lagu ini, “Sentiasa di dalam jiwaku, kan ku pertahan sepenuh jiwaku Malaysia.” 

Ia bagaikan sebuah metafora yang cuba menjelaskan bahawa walau apa pun terjadi, kasih dan cinta terhadap negara ini tetap tiada tara. 

Menyentuh mengenai proses rakaman, Luca Sickta berkata, merakamkan lagu secara berasingan disebabkan keterbatasan dan sekatan pergerakan perjalanan adalah suatu cabaran buat mereka. 

“Kami telah merakamkan lagu ini secara berasingan sekitar Jun, Julai lalu ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan. 

“Ada yang merakamkan bahagian suara masing-masing di rumah. Macam saya dan Kmy pula di studio rakaman. Namun prosedur operasi standard (SOP) tetap dijaga.

“Segala-galanya juga dipermudahkan. Kerjasama ini juga jadi mudah kerana saya sendiri sudah tahu cara kerja Kmy, Yonnyboii dan Tabby. Keserasian itu sudah ada dan terus dipupuk. 

“Fakta yang menarik, ini juga adalah lagu pertama yang saya nyanyikan bahagian rap tanpa bertindak sebagai penerbit. Kebiasaan saya menerbitkan lagu dan menyanyikan rap sekali harung,” katanya yang juga adalah pasangan duo serasi Kmy. 

Sementara itu, Yonnyboii menyifatkan karya berkenaan sebagai sangat unik sekalipun bernuansakan patriotik.

“Lagu ini sangat berpotensi menjadi pilihan baru lagu merdeka. Saya harap jika sudah berusia 30 atau 40 tahun nanti dan sudah berkahwin kelak, anak-anak bolehlah menyanyikan lagu ini di sekolahnya,” katanya.

Penyanyi lagu ‘Salahku’ ini turut mengakui berdepan dengan sedikit cabaran saat merakamkan lagu 'Malaysia di Hatiku' ini.

“Bahagian mencabar bagi saya adalah untuk menyanyi bahagian korus. Suara saya perlu disuai padankan dengan vokal Tabby yang tinggi. 

“Agak bergelut juga untuk meneruskan proses rakaman itu. Jadi solusinya, vokal saya terpaksa diturunkan key untuk mengimbangi suara Tabby. Tapi lucunya apabila siap hasil akhirnya, rasa macam best pula mendengarkan kombinasi suara kami berempat.

“Pendek kata, padanan suara kami saling melengkapi. Lagu ini memang menarik dan bagai ada lapisan elemen yang cukup mengujakan,” katanya.

Menurut Tabby pula, peluang menjayakan projek kolaborasi seperti ini sudah lama dinantikannya dan ia disifatkan sebagai cukup bermakna, biarpun ia tidak melibatkan anggota Dolla yang lain. 

“Secara peribadi, saya sudah lama menantikan peluang menyanyikan lagu bergenre kenegaraan atau berwajah Malaysia.   

“Paling utama yang saya boleh katakan, kehadiran lagu ini umpama tiupan semangat untuk rakyat Malaysia saat bergelut di era pandemik ini.

“Apa terjadi sekalipun, kita tetap akan menang. Moga ujian berat ini akan cepat pergi dan kita terus bersatu. Malaysia kekal di hati sampai bila-bila. Tidak ada anasir atau apa saja ujian boleh memisahkan semangat cintakan negara itu.

“Pastinya pengalaman bekerja dengan Kmy, Luca dan Yonnyboii sesuatu yang amat berharga buat saya. Mereka umpama senior dan abang-abang yang mempunyai bakat hebat. 

“Siapa tak bangga bersatu dengan mereka dalam lagu yang penuh dengan emosi serta menggabungkan beberapa genre muzik yang menarik,” katanya.

Lagu ‘Malaysia Di Hatiku’ boleh didengar di kesemua pelantar penstriman digital mulai jam 12 tengah malam ini, manakala video liriknya pula boleh ditonton di saluran YouTube Universal Music Malaysia pada waktu yang sama. 

Tabby menambah lagi, proses rakaman video muzik rasmi 'Malaysia Di Hatiku' juga sudah dilakukan secara berasingan akibat kekangan semasa. 

Ia bakal ditayangkan pada Hari Malaysia bulan hadapan dan merupakan kolaborasi di antara Samsung Malaysia Electronics dengan Universal Music Malaysia. Kolaborasi ini tujuan mengumpulkan semua rakyat Malaysia untuk terus bersama dalam masa-masa yang mencabar ini.

Selain itu, Samsung Malaysia Electronics juga akan mengendalikan kempen 'hashtag challenge' #MalaysiaDiHatiku di pelantar video berdurasi pendek, TikTok, sebagai salah satu inisiatif untuk membolehkan rakyat  Malaysia bangkit dan menyebarkan semangat positif sesama mereka. - Getaran, 16 Ogos 2021

Semua gambar: Ihsan Universal Music Malaysia

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Rakyat Malaysia Ditahan Di Teluk Guantanamo Selamat Tiba Di Tanah Air - KPN

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Gempa Bumi Di Taiwan - Wisma Putra

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pengeboman Di Bali: 2 Rakyat Malaysia Di Guantanamo Mengaku Bersubahat

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Dalam 2 Insiden Di Jepun

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 9 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN